in

“Kesian rakyat mampu tengok gambar je” – PM Najib Muat Naik Gambar Makan Ketam, Terima Pelbagai Reaksi

Sian Najib

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dek kerana ‘sayangnya’ rakyat dengan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak, apa saja yang dilakukan oleh beliau seringkali menarik perhatian netizen. Tak kiralah daripada perkara yang sekecil-kecil alam sehinggalah sebesar-besar keputusan. Ada saja yang netizen nak komen atau tegur berkenaan PM kesayangan kita ni.


Terbaru, pada 17 Disember lalu, Dato’ Sri Najib telah berkongsi foto beliau bersama beberapa orang pemimpin sedang menikmati hidangan ketam di sebuah restoran di Colombo. Namun, gara-gara tweet tersebut, netizen tak semena-mena telah berbalah sesama sendiri di media sosial.

Najibun
sumber: twitter

Laa dah kenapa pulak dengan netizen ni? 

Sungguhpun PM kita hanya menikmati hidangan ketam, ia sudah cukup mengundang pelbagai reaksi yang bukan-bukan daripada rakyat marhaen yang seakan-akan tidak berpuas hati. Bagaikan dengki dengan makanan yang dinikmati Dato’ Sri Najib, netizen mula membandingkan sajian yang dinikmati beliau dengan menu makanan mereka yang sederhana.

Whatsapp Image 2017 12 22 At 12.06.02 Pm

Whatsapp Image 2017 12 22 At 12.06.03 Pm1

Whatsapp Image 2017 12 22 At 12.06.03 Pm

Whatsapp Image 2017 12 22 At 12.06.01 Pm

Whatsapp Image 2017 12 22 At 12.06.05 Pm1

Whatsapp Image 2017 12 22 At 12.06.05 Pm
sumber: twitter

Kami makan megi perisa ketam je…

Ketam
sumber: twitter

Tapau bawa balik Malaysia? 

Tapau Rosmah
sumber: twitter

Pun begitu, nasib baiklah masih ada individu yang masih mempertahankan Dato’ Sri Najib dan menyifatkan sajian yang dinikmati PM adalah rezekinya dan netizen patut berhenti mengecam beliau. Kan… tak baik tau kutuk-kutuk PM. 

Bangjib Warrior
sumber: twitter

Harapnya PM Najib janganlah berkecil hati dengan usik-usik netizen itu. Rakyat pun nak juga kongsi menu makanan mereka bersama PM. Manalah tahu kot-kot bertuah PM belanja makan ketam pula lepas ni? Hehe…

Haih makanan pun boleh jadi isu perbalahan juga ye? Harap netizen janganlah terlalu ikutkan emosi dalam menegur PM kesayangan kita. 

Baca: Buku Biografi Baru Dilancarkan, Rosmah Masukkan Nasihat PM Najib Mengenai ‘Haters’ 

Kak Ros

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.