“Kereta mahal boleh beli!” – Netizen Kecam Ibu Guna Raga Sebagai Pengganti Car Seat Anak

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Setiap ibu bapa pastinya akan mengutamakan keselamatan anak mereka. Lebih-lebih lagi jika usia anak itu masih bayi. Namun, masih ada lagi segelintir ibu bapa yang sanggup membahayakan nyawa anak-anak atas alasan tidak mahu membazir. Heran betoi la dengan depa ni…

Baru-baru ini, seorang ibu telah berkongsi di Facebook mengenai idea car seat bayi yang digunakannya. Menurut perkongsian ibu tersebut, dia memilih untuk menggunakan raga bagi menggantikan car seat untuk anaknya yang baru berusia dua bulan kerana tidak mampu.

Sumber: Facebook

Cara yang disarankannya ialah meletakkan raga di kerusi hadapan sebelah pemandu dan pasangkan tali pinggang keledar bagi menghalang raga daripada meluncur ke depan.



Walau bagaimanapun, ibu ini mengaku tidak meletakkan tali pinggang keledar untuk anaknya kerana saiz raga itu muat-muat diletakkan diantara kedudukan kerusi dan dashboard kereta sekaligus menghalang raga itu daripada bergerak.

Ibu ini menjelaskan bahawa dia memilih cara ekonomi ini kerana car seat sekarang terdapat dalam pelbagai jenis yang tidak sesuai untuk bayi yang baru lahir. Bukan itu sahaja, dia juga menganggap membeli car seat untuk kegunaan bayi baru lahir adalah satu bentuk pembaziran kerana hanya boleh dipakai hingga umur enam bulan sahaja.

Gambar hiasan

Menurutnya lagi, cara ini adalah merupakan idea daripada ibu mertua yang pernah digunakan untuk anak saudaranya dan kini dia senang menggunakan cara yang sama untuk anaknya pula.

Niat wanita ini untuk berkongsi tips telah menjadi perdebatan hangat oleh netizen yang rata-rata tidak setuju dengan cara ini kerana bayi boleh melambung keluar dari kereta sekiranya berlaku kemalangan.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Bukan itu sahaja, netizen turut kecam ibu ini kerana lokek untuk mengeluarkan duit bagi membeli car seat anaknya sedangkan mampu membeli kereta mewah. Betul juga tu, keselamatan anak jangan dipandang ringan!



Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Netizen juga tidak putus menasihati ibu ini supaya mengeluarkan duit sedikit bagi memastikan keselamatan anaknya. Hal ini adalah kerana car seat bayi boleh didapati dengan harga yang murah lebih-lebih lagi jika ianya adalah barangan preloved.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Aduhai… Bahayanya cara ibu ni. Kalau brek mengejut takut tercampak anak tu. Harap ibu ini akan terima teguran dan cuba cari alternatif lain bagi mendapatkan car seat yang betul untuk anaknya.

Baca: “Boleh bayang tak tiba-tiba anak jatuh atas jalan tengah laju takde helmet? Budak-budak naik motor pun boleh tido tau…”

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.