in

Kereta Lelaki Ini Dicalarkan Penjaga Parkir Biadap Selepas Menolak Untuk Membayar Caj Parkir di Bukit Kiara

He Shouted At Me But I Kept Walking I Drove Home Later To Find This World Of Buzz 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah tak anda berada dalam situasi di mana ketika mencari parkir di suatu kawasan, seorang lelaki datang membantu anda mencari tempat parkir yang kosong? Kemudian setelah anda selesai memarkir kereta, mereka datang meminta wang pula.


Kadang-kadang bayaran penjaga parkir ini boleh jadi RM1 atau RM2. Taklah mahal sangat bagi yang ingin kenderaan mereka selamat. Namun yang menjadi masalahnya apabila bayaran tersebut boleh mencecah hingga RM20. Dah gila ke apa??

Malah kawasan tempat meletak kereta itu juga bukan hak milik penjaga parkir ini. Ia merupakan kawasan awam yang sepatutnya percuma untuk kegunaan orang ramai. Tak adil betul, kan? 

He Shouted At Me But I Kept Walking I Drove Home Lto Find This World Of Buzz 4
gambar hiasan

Jason John adalah antara mangsa yang dianiaya penjaga parkir seperti ini. Menerusi perkongsiannya di Facebook, kenderaan milik Jason telah dirosakkan hanya kerana dia menolak untuk membayar kepada penjaga parkir tersebut.

Berikut apa yang diceritakannya:

“Saya sudah lewat untuk ke mesyuarat pada jam 7 malam di Drum Asia, berdekatan Bukit Kiara. Jadi, saya bergegas ke sana dan mencari tempat meletak kereta kerana pada ketika itu jam menunjukkan pukul 7.45 malam sebaik tiba.

“Saya terjumpa satu tempat kosong yang sesuai dijadikan tempat meletak kereta dan seperti biasa saya memarkir kenderaan, keluar dari kereta dan dengan pantas mencapai barang yang diperlukan.”

He Shouted At Me But I Kept Walking I Drove Home Later To Find This World Of Buzz

Semuanya kelihatan baik pada ketika itu sehinggalah dia ditegur seorang lelaki yang meminta bayaran parkir kepadanya.

“Ketika saya keluar selepas mengambil barang dan menutup pintu kereta, seorang lelaki mendekati dan berkata, “Sepuluh Ringgit” (RM10). 

“Saya memandang sekilas namun terpaksa meninggalkannya kerana ingin cepat. Dia menjerit “Oi” pada saya tetapi saya tetap berjalan ke hadapan kerana merasakan dia sangat biadap. Marah dengan tingkah laku saya, dia menendang tin minuman di atas jalan.”

Pun begitu, Jason tidak menyangka tindakannya yang membiarkan lelaki tadi dengan begitu saja telah membawa padah. Sebaik sahaja pulang dari mesyuarat, dia mendapati ada sesuatu yang tidak kena pada kenderaannya.

“Sebaik tiba di kereta dari arah belakang, saya perasan semuanya dalam keadaan baik. Tanpa menyedari apa yang telah berlaku pada bahagian hadapan kenderaan, saya terus pulang.

“Ketika dalam perjalanan pulang, barulah saya tahu yang nombor plat hadapan kereta saya sudah hilang!”

He Shouted At Me But I Kept Walking I Drove Home Lto Find This World Of Buzz 2
sumber: wob
He Shouted At Me But I Kept Walking I Drove Home Lto Find This World Of Buzz
sumber: wob

Secara logiknya, wajarlah Jason tidak menyedari cakaran dan kehilangan nombor plat keretanya kerana dia berjalan dari arah belakang. Lagi pula kawasan di tempat meletak kereta itu agak gelap pada waktu malam, menyukarkan Jason untuk menyedari keadaan kenderaannya pada ketika itu.

“Kini barulah saya tahu mereka yang mengutip wang dari tepi jalan ini berlagak seperti ‘valet’ di kawasan tersebut dan saya rasa inilah yang dilakukan mereka bagi orang yang tidak membayar caj parkir.” 

He Shouted At Me But I Kept Walking I Drove Home Lto Find This World Of Buzz 3
sumber: wob

Haih nampaknya mahu tak mahu anda kenalah hulurkan duit kepada penjaga parkir ini supaya ‘keselamatan’ kenderaan anda terjamin. Kalau setakat RM1 atau RM2 tu tak apalah. Tapi kalau dah lebih, cari aje tempat parkir lain. Tak berbaloi nak bertekak sampai bercalar kereta! 

Baca: Kereta Wanita Dicalarkan Jurujual Biadap Kerana Menolak Untuk Beli Surah Yasin di Pulau Pinang

Calar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.