in

Kereta Dipandu Remaja 13 Tahun Rempuh Ruang Tamu Rumah Menyebabkan Warga Emas Maut

P

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari biasa yang dilalui seorang warga emas bertukar menjadi tragedi apabila dirempuh ketika sedang beristirehat di rumah sendiri Sabtu lalu.


Lai Kwan Lan, 77, dipercayai sedang menonton televisyen di ruang tamu rumahnya sebelum tiba-tiba sebuah kereta merempuh dinding rumahnya di Kampung Baru Banir, Temoh, Tapah.

Crash4
sumber: the star

Kereta tersebut dipandu seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang juga jiran hadapan rumahnya. Remaja berkenaan dikatakan baru sahaja pulang ke rumah selepas memandu kereta milik abangnya itu ke sebuah kebun berdekatan kawasan perumahan.

Remaja itu kemudian tanpa sengaja menekan pedal minyak dengan kuat dan kereta mengundur sejauh 20m merempuh dinding ruang tamu rumah warga emas berkenaan.

Rempuhan itu telah menyebabkan sebahagian daripada dinding rumah itu pecah serta pintu jeriji depan menjadi bengkok.

Crash1
sumber: malay mail online
Crash2
sumber: the star

Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan dihantar ke Hospital Tapah sebelum dipindahkan ke Hospital Permaisuri Bainun, Ipoh. Namun, Lai dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 2 pagi.

Menurut Ketua Polis Daerah Tapah, Som Sak Din Keliaw, mangsa dipercayai berseorangan di rumah ketika kejadian.

Anak perempuan mangsa berusia 41 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Lee tinggal berhampiran dengan rumah ibunya. Ketika kejadian, bunyi rempuhan kuat kedengaran sebelum saudaranya serta beberapa jiran keluar untuk menjenguk.

Mereka kemudian menyedari sebuah kereta berada di bahagian ruang tamu rumah mangsa dan membantu menolak keluar kereta berkenaan.

Crash3
sumber: the star

Ibu saya seorang yang sihat meskipun sudah berusia. Dia masih mampu memasak dan menjaga dirinya sendiri.”

Menurut Lee lagi, keluarga remaja lelaki itu telah memohon maaf kepadanya dan dia juga akan menyerahkan kes ini sepenuhnya kepada pihak polis untuk diselesaikan.

Pihak polis dilaporkan telah mengambil keterangan daripada remaja lelaki berkenaan dan tiada tangkapan dilaporkan setakat ini.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.