in

Kerana Tertinggal Kunci Bilik, Pelajar UniMAP Maut Jatuh Dari Tingkat Tujuh Bangunan

Unimap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ajal datang tanpa diduga. Hanya kerana tertinggal kunci di dalam biliknya, seorang pelajar lelaki Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) maut akibat terjatuh dari tingkat tujuh bangunan kediaman kampus Unicity di Sungai Chuhchuh.


Jatuh.jpg.transformed 0
sumber: cari gold

Menurut Ketua Polis Perlis, Datuk Ab Rashid Ab Wahab, mangsa, Goh Xin Xi yang berusia 21 tahun itu dipercayai cuba memasuki rumah yang didiaminya bersama tujuh orang sahabat melalui beranda sebelum tergelincir lalu jatuh dari tingkat tujuh bangunan itu. Ngeri! 

sumber: cari gold

Mayat pelajar tersebut kemudian ditemui oleh seorang lagi pelajar UniMAP, Soon Pau Hong, 23, yang kebetulan lalu di lokasi kejadian yang kira-kira berlaku pada pukul 2.45 petang. Mayat itu seterusnya di bawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk bedah siasat dan kes kematian ini diklasifikasikan sebagai kes kematian mengejut.

sumber: cari gold

Sementara itu, pihak UniMAP telah memaklumkan keluarga mangsa yang berada di Pulau Pinang akan insiden yang menimpa pelajar tahun satu Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal tersebut. Didoakan semoga keluarga mangsa tabah menghadapinya.

Sebelum nak buat lagak ngeri tu, fikir-fikirlah dulu akan keselamatan diri ye…Ingat orang yang tersayang.  

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.