in

Kerana Kesempitan Hidup, Pelajar Cemerlang Ini Memilih Untuk Menjadi Perompak

Rwrww

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pendidikan yang tinggi bukan jaminan untuk seseorang berjaya dalam hidup. Seringkali kita dengar kisah individu sanggup buat apa sahaja demi wang dan kesempitan hidup. Inilah yang berlaku kepada seorang lelaki di Thailand yang cemerlang dalam pendidikan tetapi telah ditangkap kerana merompak.


Menurut Coconuts, lelaki yang dikenali dengan nama Jakkapong itu telah ditahan polis kerana terlibat dengan kes pencurian di Pattaya Selatan pada 17 November lalu. Dalam sebuah sidang media yang berlangsung semalam, pihak polis mendedahkan bahawa lelaki yang ditahan kerana meragut tersebut adalah seorang bekas pelajar contoh.

Z1
sumber: sanook

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup, pihak polis berjaya menjejaki lelaki berusia 27 tahun itu dan telah memberkasnya kerana mencuri sebuah beg milik seorang lelaki pelancong asing yang sedang menikmati kopi di Grand Hall Market.

Jakkapong ditemui oleh pihak berkuasa ketika berada di Kuil Chaimongkol berpakaian sama seperti yang terpapar di dalam rakaman litar tertutup. Sewaktu tangkapan berlaku, pihak polis Pattaya turut menjumpai sebuah beg, telefon bimbit Samsung, kad kredit, dan pasport kepunyaan pelancong asing tersebut.

Z2
sumber: shutterstock

Lelaki tersebut mengakui bahawa dia baru sahaja menamatkan pendidikan sarjana muda dalam Jurusan Hotel dan Pelancongan dari sebuah universiti di Bangkok. Bukan itu sahaja, Jakkapong juga berjaya menamatkan pengajian dari universiti berkenaan dan lulus dengan cemerlang.

Yakin dengan kelayakan akademiknya yang cemerlang, lelaki itu berhijrah ke Pattaya untuk mencari peluang pekerjaan. Walaupun sudah giat berusaha, malangnya Jakkapong tidak mendapat sebarang pekerjaan dan sudah kehabisan wang.

Disebabkan itu, pelajar cemerlang yang terdesak memerlukan perbelanjaan ini telah mengambil keputusan untuk merompak pelancong yang berkunjung ke kawasan berkenaan. Pun begitu, mangsa sudah mendapat semula barangan kepunyaannya dan Jakkapong telah pun memohon maaf kepada pelancong berkenaan pada sidang media yang telah diadakan.

Walaupun dihimpit kesempitan hidup, jangan sekali-kali membuat pilihan untuk melakukan jenayah kerana padahnya lebih teruk lagi untuk masa depan kita. 

NOTA: Gambar atas kiri adalah sekadar untuk tujuan ilustrasi.

Baca: Pelajar Cemerlang Berkorban Berhenti Sekolah Kerana Ingin Kumpul Wang Pembedahan Buat Ibunya

Dwd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.