“Kepala otak dia!” – Dato’ Vida Dikritik Kerana Malukan Anak, Muat Naik Video Beli Pakaian Dalam

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Walaupun bergelar seorang usahawan, Dato’ Vida sudah ibarat selebriti kerana setiap gerak gerinya diperhatikan netizen. Tersilap langkah, ada sahaja yang nak dipertikai oleh pengikut-pengikutnya di laman sosial.

Vida memang diketahui ramai gemar berkongsi kisah hidupnya di laman Instagram. Namun, apa yang dikongsikan jutawan kosmetik itu kadang kala boleh mendatangkan mudarat. Terbaru, Vida telah memuat naik video sewaktu keluar membeli belah dengan anak perempuannya, Cik B.

Sumber: Instagram

Sekilas pandang, tiada apa yang pelik dengan tindakan memuat naik video di pusat membeli belah. Pun begitu, Vida bukan berkongsi video berjalan-jalan atau sedang makan tetapi sebaliknya memuat naik video ketika sedang membeli pakaian dalam untuk Cik B dalam sebuah butik popular.



Oleh sebab itu, penyanyi lagu I Am Me tersebut dikecam netizen yang tidak bersetuju dengan tindakannya. Rata-rata berpendapat bahawa Vida tidak sensitif kerana berkongsi sesuatu yang bersifat peribadi di laman sosial untuk tontonan umum.

Sumber: Instagram

Ramai merasakan bahawa tidak wajar untuk Vida memuat naik video tersebut kerana tindakan itu boleh mengaibkan anak daranya sendiri. Cik B yang sedang meningkat remaja mungkin tidak selesa berkongsi hal-hal sebegini dengan orang ramai.

Walaupun Vida mungkin hanya memuat naik video tersebut sekadar untuk suka-suka sahaja, ramai meninggalkan kata-kata di ruangan komen gambar tersebut menyatakan rasa simpati dengan nasib Cik B yang dikatakan telah dimalukan oleh ibu sendiri.

“Kesian Cik B..bab dalam-dalam ni jangan la uploadkan..malu la dia..semua orang tengok. Pakaian luar takpe jugak. Anak saya pun kalau beli benda ni semua cukup malu, sorok-sorok,” kata seorang netizen.



Sumber: Instagram

“Ya tuhaaaaan! Malu laaaa Dato’ ooooooiiii! Pakaian dalam tu…Cik B pun dah besar, bukan kecil lagi, malu dia.”

“Kesian Cik B. Sensitif la sikit, dia baru nak menjengah alam remaja, yang macam ni jangan post, pressure Cik B nanti, maybe dia tak cakap tapi dalam hati Tuhan je tahu.”

“Kepala otak dia!” 

“Jagalah maruah anak dara sendiri.”

Sumber: Instagram

Sebagai seorang ibu, Vida pasti teruja melihat anaknya membesar di depan mata sendiri. Namun, kita perlu lebih berhati-hati dalam hal sebegini kerana bimbang boleh mengaibkan anak atau mungkin diambil kesempatan oleh individu tidak bertanggungjawab.



Sekarang ni ramai pedofil tahu tak? Harap-harap Dato’ Vida lebih berhati-hati selepas ini dan tidak memuat naik sebarang kandungan yang sensitif.

Baca: “Saya bukan acah-acah gedik nak lariskan produk” – Dato’ Vida Pertahan Perangai Suka Show Off di Laman Sosial

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.