in

Kepala Bayi Tanpa Anggota Badan Ditemui Berulat dan Tidak Sempurna di Ranau

Bayi Kepala

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau dulu kecoh dengan penemuan anggota badan bayi tanpa kepala, hari ini pula tersebar foto kepala bayi tanpa anggota badan! Apa nak jadi ni wehh??


Kejadian yang berlaku di Ranau, Sabah itu mula disedari penduduk Kampung Kimolohing pada Ahad lepas sekitar jam 11.30 pagi, lapor New Sabah Times.

Seorang lelaki warga tempatan yang mengesahkan kejadian itu berkata, dia sedang menjemur pakaian sebelum melihat mertua, adik ipar dan jiran sedang meneliti sesuatu. Disebabkan musykil dengan situasi itu, lelaki tersebut bergegas ke arah mereka untuk melihat apa yang berlaku.

Beberapa ekor anjing dilihat sedang berebut makanan yang disangka bangkai ayam kerana ia berupa seperti ketulan.

Pun begitu, setelah membuat pemeriksaan barulah lelaki itu tersedar yang sebenarnya objek tersebut ialah kepala bayi tanpa anggota badan! Aduhai!

19959053 330345194087862 907459839290779290 N
sumber: facebook

Dia seterusnya memaklumkan hal tersebut kepada pihak polis dan kepala bayi itu dibawa ke Hospital Ranau untuk siasatan lanjut.

Hasil siasatan mendapati muka bayi tersebut sukar dikenal pasti oleh kerana hanya soket mata dan tulang hidung tanpa rahang saja yang tinggal pada bentuk muka tersebut.

19905186 330345230754525 7202364620251078958 N
sumber: facebook

Kepala bayi tersebut kemudiannya dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu untuk bedah siasat.

Dalam pada itu, seorang suri rumah warga tempatan berumur 20-an telah ditahan pihak polis di hadapan rumah dekat Kampung Komolohing pada jam 3.30 petang keesokan hari untuk membantu siasatan.

Seorang lelaki warga tempatan yang juga dipercayai suami kepada suspek juga ditahan dan kedua-duanya direman serta disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan.

Lepas satu, satu kes buang bayi. Malah lebih ngeri, bayi-bayi ini menjadi makanan haiwan di jalanan pula tu. Hentikan membuang bayi! Kalau tak berupaya menjaga, beri sajalah kepada mereka yang benar-benar mahukan anak. 

Baca: Mayat Bayi Tidak Berkepala dan Tangan Dijumpai, Dipercayai Dibaham Anjing di Sungai Petani

Kilang2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.