Kenyataan 97% Orang Melayu di Terengganu Bebas Dari Gejala Gengster, Mendapat Kecaman Dari Pelbagai Kaum

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Isu perkauman adalah sesuatu yang sangat sensitif bagi setiap negara, terutamanya bagi negara yang mempunyai pelbagai jenis kaum.  Tidak semua perkara tentang perkauman boleh diceritakan secara umum kerana bagi mengelakkan daripada tercetusnya masalah perkauman.

Baru-baru ini, tular satu dakwaan oleh Ketua Polis, di mana beliau memaklumkan bahawa tiada masalah dalam gejala genster di Terengganu dek kerana rakyatnya yang mempunyai hampir 97% orang Melayu. Ehhh?

Menurut NST, komuniti itu masih menunjukkan rasa hormat kepada warga tua, ketua-ketua kampung dan imam di sana.



Sumber: NST

“Budaya ini amat baik sekali kerana ia boleh mengelakkan daripada sebarang gejala tidak sihat seperti gejala genster daripada berlaku,” kata Ketua Polis tersebut.

Tambahnya, indeks jenayah yang berlaku di Terengganu menurun sebanyak 7.3% sejak awal tahun ini. Tahniah! Harap dapat dikekalkan! Ini adalah pencapaian yang dapat dibanggakan memandangkan negara kita sering berlakunya kes buli membuli tidak kira umur dan bangsa. Sehinggakan ada juga yang melibatkan kematian.

Semestinya, kenyataan ini mendapat kecaman hebat dari pelbagai pihak kerana kenyataannya yang seolah-olah menyalahkan kaum lain. Terdapat banyak komen negatif yang diterima, tidak kira dari bangsa apa sekalipun.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Tak sepatutnya kenyataan seperti ini dikeluarkan.. Kita kan hidup dalam satu negara dengan pelbagai bangsa. Mengapa perlu cetuskan kenyataan yang boleh membawa kepada pergaduhan? Harapnya perkara seperti ini tidak berulang lagi 🙂

Baca: Lelaki Tak Sensitif Cari Pasal Pakai Kostum ‘Pengebom Berani Mati’ di Parti Halloween

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Zarith Sofea

Seorang gadis yang minat membaca dan melayari internet untuk lebih cakna tentang gosip dan berita terkini. Peka dengan keadaan semasa tetapi tidak mudah terpengaruh dengan budaya fitnah yang tidak sihat.