Kenali Isaac Voo, Individu Pertama dari Malaysia Berjaya Jadi Penyanyi Kpop

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Memang tidak dapat disangkal, Malaysia mempunyai ramai orang yang berbakat, baik dalam bidang akademik mahupun seni. Jika ramai dalam kalangan artis Malaysia yang melebarkan sayap di negara mat salleh, namun ada juga yang tertumpu pada peringkat Asia.

Isaac Voo merupakan nama yang mungkin telah dikenali dalam kalangan peminat Kpop di Malaysia. Mana tidaknya, Isaac merupakan penyanyi Kpop pertama dari Malaysia! Anak kelahiran Sabah ini yang merupakan salah seorang ahli kumpulan Kpop, IN2IT telah selesai membuat persembahan di Malaysia beberapa hari yang lalu.

Sumber: NST

Isaac yang mempunyai minat dan bakat dalam tarian telah mula berjinak-jinak di dalam bidang itu sejak berumur 17 tahun. Dia yang menyimpan impian untuk menjadi artis Kpop telah berpindah ke Korea Selatan bagi mengejar cita-cita tersebut.



Pada tahun 2014, Isaac cuba untuk menjadi salah seorang artis di dalam kumpulan Kpop bernama AlphaBat, namun, tidak berjaya. Enggan berputus asa, Isaac telah menyertai uji bakat di dalam rancangan Boys24, bersaing dengan 5,500 peserta lain yang mempunyai impian yang sama.

Sumber: WOB

Berbekalkan bakat yang ada, Isaac telah lulus pusingan pertama bersama 26 calon yang lain. Melalui latihan dan saingan sengit selama lebih setahun, lapan calon termasuk Isaac telah berjaya debut dengan kumpulan yang dinamakan IN2IT pada Oktober yang lalu.

Sumber: MMO

Menurut MMO, baru-baru ini, kumpulan IN2IT telah mengadakan Asia Showcase Tour di Malaysia yang telah dihadiri ramai peminat. Isaac menyampaikan keterujaannya membuat persembahan di tanah air buat pertama kali sejak bergelar artis Kpop.

“Ini ibarat impian menjadi kenyataan bagi saya untuk kembali ke Malaysia dan membuat persembahan di hadapan peminat dari negara asal saya.”

Isaac bersama kumpulannya telah selesai membuat persembahan di Malaysia pada 4 Februari yang lalu di PJ Live Arts Petaling Jaya dengan mempersembahkan lagu mereka yang berjudul Amazing diiringi dengan tarian yang mantap daripada kelapan-lapan anggota kumpulan IN2IT.



Semoga Isaac terus maju dan mengharumkan nama negara!

Baca: Korang Peminat Kpop? Mesti Dah Biasa Dengan 5 Situasi Ni…

 

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.