Keluarga Miskin Terkandas Selepas Dihalau Keluar Bas Hanya Kerana Anak Kecil Menangis

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Ibu bapa sering menghadapi cabaran apabila membawa anak kecil keluar dari rumah menaiki kenderaan. Tambah-tambah lagi apabila kenderaan yang dinaiki merupakan kenderaan awam dan mengambil masa yang lama untuk tiba ke destinasi.

Oleh itu, ramai pengguna kenderaan awam yang sudah memahami apabila berdepan dengan situasi ini. Namun, menurut mStar sebuah keluarga yang miskin telah dihalau keluar bas kerana anak lelakinya menangis selama 30 minit ketika berada di dalam bas tersebut.

Keluarga tersebut yang terdiri daripada pasangan suami dan isteri serta dua anak lelaki mereka telah menaiki bas dari wilayah Prachin Buri ke Koh Samui di wilayah Surat Thani untuk bekerja menggunakan perkhidmatan bas negeri, Transport Co.



Sumber: Thai Residents

Mongkol Thongboran, bapa kepada kanak-kanak tersebut memberitahu telah dihalau turun oleh pemandu dan kelindan bas di daerah Chaam wilayah Phetchaburi selepas anak lelakinya yang berusia dua tahun dikatakan telah menyinggung perasaan penumpang dan melanggar undang-undang pengangkutan darat. Macam tu pulak?

Suumber: The Nation

Mongkol memberitahu bahawa dia telah menjelaskan kepada penumpang bas tersebut mengenai anaknya yang menangis ketakutan kerana pertama kali menaiki bas. Katanya lagi, pemandu bas sepatutnya menghentikan bas di stesen minyak sebentar bagi memberinya peluang untuk menenangkan anaknya di luar bas.

Sumber: Thai Visa News

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Darat, Sanit Promwong memberitahu bahawa pemandu dan kelinda bas tersebut telah didenda sebanyak 5,000 Baht iaitu kira-kira RM622 kerana menghalau keluarga miskin tersebut.

Sumber: Blog

Bukan itu sahaja, tindakan disiplin juga akan dipertimbangkan dan keluarga tersebut akan diberikan pampasan kerana terpaksa menanggung kos tambahan untuk penginapan dan pengangkutan seterusnya untuk sampai ke destinasi.

Sumber: Coconuts

Difahamkan keluarga berkenaan hanya berbekalkan empat beg dan wang berjumlah 500 Baht (kira-kira RM62) yang kemudian hanya tinggal sebanyak 25 Baht (kira-kira RM3) selepas membayar penginapan pada malam tersebut. Bagi meneruskan perjalanan mereka pula, keluarga tersebut terpaksa meminta ahli keluarga untuk memindahkan wang ke akaun banknya.



Aduhai… Kesiannya, dah la takde duit….

Baca: Kanak-kanak Miskin Terpaksa Siapkan Kerja Sekolah di Tepi Jalan Raya Kerana Rumah Terlalu Gelap

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.