in

Kelab Dangdut di Terengganu Tak Hirau Jemaah Masjid Berdekatan Sedang Solat, Ganggu Ketenteraman

Malaysi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Kelab Dangdut di Terengganu Tak Hirau Jemaah Masjid Berdekatan Sedang Solat, Ganggu Ketenteraman
Loading
/

Tempat-tempat hiburan selalunya dibina di kawasan yang tertutup dan jauh dari tempat tinggal orang awam kerana bising dan mengeluarkan bunyi muzik yang kuat. Pun begitu, lain pula dengan apa yang berlaku di Terengganu ini apabila sebuah kelab telah dibina di kawasan terbuka.


Menurut mStar, sebuah kelab dangdut telah dibuka di Kampung Telari, Manir,Terengganu. Menghiburkan penonton dengan tarian seksi dari penghibur wanita muda berpakaian sendat, kehadiran kelab tersebut mengganggu penduduk setempat kerana bunyi muzik yang bising.

D1 2
sumber: mstar

Dikatakan telah dibuka sejak lima tahun yang lalu, kelab dangdut tersebut menjadi tarikan warga emas yang berusia 60 hingga 70 tahun. Meskipun di usia yang sebegitu, pengunjung yang bertandang dikatakan turut sama menari dan menyanyi bersama-sama sambil memberikan tips (wang) untuk mendekati wanita-wanita penghibur itu.

Kelab dangdut berkenaan yang dibuka dari jam 9 malam sehingga 1 pagi itu sudah semestinya mengganggu ketenteraman warga kampung dan mengundang ketidakselesaan penduduk di kawasan tersebut. Difahamkan, pemilik premis berkenaan pernah ditegur oleh penduduk kampung namun tidak diendahkan. Eh, tak bertimbang rasa betul!

D11
sumber: berita harian

Lebih memalukan, pihak yang terlibat dengan kelab tersebut dilihat langsung tidak menghormati masjid yang jaraknya hanya 200 meter dari kawasan kelab dangdut itu. Seorang penduduk dikenali sebagai Zaki memberitahu bahawa kawasan tersebut adalah tempat penganjuran dikir barat sejak 20 tahun lalu namun bertukar menjadi kelab dangdut sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Jarak kelab dangdut dengan masjid yang hanya 200 meter juga mengganggu jemaah yang mengadakan pelbagai program keagamaan di kawasan itu.”

“Aktiviti berdangdut diadakan sekerap tiga hingga empat kali seminggu dengan empat hingga lima penyanyi yang dibawa dari Kelantan.”

K22
sumber: berita harian

“Setiap kali mereka mengadakan persembahan, memang suasana di kampung ini menjadi riuh dan tidak tenteram. Mana tidaknya, apabila mereka membuat persembahan lebih 100 hingga 200 pengunjung akan datang.”

Seorang jemaah masjid dikenali sebagai Hafizi juga memberitahu bahawa kegiatan tersebut boleh memberikan pengaruh tidak baik kepada golongan muda terutamanya kanak-kanak.

“Saya bimbang dengan pengaruh yang akan diberikan kepada kanak-kanak yang masih bersekolah. Mana tidaknya ada juga ibu bapa yang membawa anak-anak mereka ke tempat yang tidak bermoral ini dan balik pada lewat malam,” kata Hafizi.

D4
sumber: berita harian

“Saya harap pihak berkuasa bertindak dan tidak hanya memandang aktiviti ini sebelah mata kerana ia memberi kesan buruk kepada generasi baharu di kampung ini,” katanya lagi.

Penduduk juga berasa malu kerana kampung tersebut kini dikenali sebagai Kampung Terlara kerana imej buruk yang dibawakan kelab dangdut itu.

Golongan tua sepatutnya menjadi contoh yang baik kepada anak kecil tapi ini lain pula jadinya.

Tonton video situasi di kelab dangdut terbuka itu:

Sumber: Harian Metro

Baca: Warga Emas Tampal Iklan Cari Keluarga Angkat Kerana Tak Sanggup Mati Keseorangan di Rumah Orang Tua

Wargaemas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.