in

Kekasih Buat Kejutan, Sorok iPhone X Dalam Kek Hari Jadi Hadiahkan Kepada Teman Lelaki

Keikei

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Kekasih Buat Kejutan, Sorok iPhone X Dalam Kek Hari Jadi Hadiahkan Kepada Teman Lelaki
Loading
/

Bila tiba hari istimewa seperti hari lahir orang yang tersayang, pasti semua akan tercari-cari hadiah apa yang paling sesuai untuk dihadiahkan. Ramai buntu apabila memikirkan kejutan yang bagaimana atau hadiah apa yang terbaik untuk diberikan kepada pasangan masing-masing.


Pun begitu, seorang wanita dari Vietnam ini tidak mengalami masalah yang sama dengan kebanyakan orang kerana bukan sahaja berhasil memilih hadiah yang terbaik malah telah berjaya memberikan kejutan kepada kekasihnya.

K6
sumber: china press

Menurut WORLD OF BUZZ, wanita tersebut menjadi tular selepas video idea kreatif yang diketengahkan sewaktu ingin menyambut hari lahir teman lelakinya tersebar di media sosial. Dalam rakaman video yang ditunjukkan, wanita tersebut dilihat telah menyediakan sebiji kek hadiah hari jadi buatan sendiri kepada kekasihnya.

Menyediakan kek hari jadi buat kekasih bukanlah perkara yang pelik, namun video wanita tersebut tular kerana apa yang dimasukkan ke dalam kek berkenaan. Dalam video berdurasi 1 minit 52 saat itu, wanita terbabit dilihat memasukkan iPhone X berserta kotak ke dalam kek tersebut! Wow! 

K3
sumber: china press
K4
sumber: china press

Lapisan demi lapisan kek yang mempunyai lubang di tengah digunakan bagi membolehkan telefon bimbit tersebut di letak di dalamnya. Kek tersebut juga diisi dengan krim dan coklat di bahagian tepi.

Setelah meletakkan lapisan kek yang terakhir untuk menutup keseluruhan kotak iPhone X tersebut, wanita itu kemudiannya meliputi kek itu menggunakan krim. Memilih buah-buahan untuk dijadikan hiasan, wanita tersebut turut menulis nama kekasihnya pada kek dan menghias sekeliling kek itu dengan duit kertas! Fuh dahsyat ni!

K5
sumber: china press
K7
sumber: china press

Berikutan tularnya video berkenaan, ramai lelaki yang menunjukkan rakaman tersebut kepada teman wanita mereka dengan harapan mungkin mereka boleh meniru kejutan yang dilakukan wanita ini.

Mesti teman lelaki dia gembira dan terkejut dapat kek macam ni. Kek dapat, iPhone X pun dapat!

Tonton video wanita tersebut menyediakan kek kepada teman lelakinya di sini:

Sumber: China Press

Baca: Suami Guna Taktik Cari Harta Karun Untuk Beri Kejutan Kepada Isteri, Hadiahkan iPhone 7

Lm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.