in

Kejam! Lelaki Bunuh Anjing Untuk Buang Sial Dan Halau Roh Jahat Lepas Beli Kereta Baru

Dog2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika sebelum ini kita pernah dikejutkan dengan amalan khurafat sebilangan kaum Muslim memandikan kereta dengan air bacaan Yasin dan solat hajat untuk menolak bala. Kali ini muncul pula berita tentang satu amalan yang dikatakan boleh menghalau perkara tidak elok daripada berlaku ke atas kenderaan sendiri.


Menurut Nextshark, penduduk di daerah Hunan, China telah dikejutkan dengan tindakan lelaki membunuh seekor anjing dengan kejam dipercayai sebagai sejenis korban berdarah untuk kereta yang baru dibelinya. Kesiannya anjing tu! 

D1 1
sumber: nextshark

Lelaki tidak dikenali yang berasal dari daerah Hunan itu difahamkan telah membeli sebuah kereta Volkswagen SUV baru dan mengambil keputusan membunuh seekor anjing semata-mata untuk ‘menghalau roh jahat’ dan menjamin keselamatan pemanduannya di masa akan datang.

Rakaman video kejadian berkenaan telah tersebar di laman sosial dan menerima kritikan hebat netizen. Orang awam yang menyaksikan video itu rata-rata berang dengan kejadian tersebut dan mengatakan bahawa dengan berbuat demikian lelaki itu bukannya dikurniakan keselamatan di masa akan datang tetapi sebaliknya layak mati di dalam kereta yang baru dibelinya itu. Tu diaaa penangan netizen! 

D3
sumber: nextshark

Ditempatkan di dalam sebuah sangkar kecil, leher anjing berwarna hitam itu dipegang oleh seorang lelaki sebelum seorang lelaki lain memukul kepala anjing tersebut dengan sebatang paip besi beberapa kali. Tindakan kejam itu telah menyebabkan anjing tersebut meraung kesakitan sewaktu dipukul. Aduhai…

Lelaki-lelaki tidak berhati perut itu kemudian dilihat mengheret bangkai anjing malang tersebut dan memercikkan darah binatang itu ke sekeliling kereta barunya. Tindakan lelaki-lelaki tersebut dikeji netizen yang ternyata sangat marah dengan perlakuan mereka. Ada yang mengatakan bahawa mereka tidak layak dipanggil manusia dengan kelakuan sebegitu.

D2 1
sumber: nextshark

“Tu bukan manusia. Saya tak nampak manusia kat situ,” kata seorang netizen.

“Ini tak boleh diterima! Perkara macam ni perlu dihentikan! Kejam!” tambah seorang lagi.

Kejamnya buat macam tu kat haiwan! Semoga lelaki-lelaki tu dijatuhkan hukuman segera. 

Baca: “Aku nampak dua tangan yang menyeksa anjing tu dan sengaja merakam dengan tujuan nak viralkan!”

Anjing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.