in

Kejam! Bapa Tak Berhati Perut Pijak Anak Perempuan 2 Tahun di Tempat Awam

Pijak Anak
Lobak Merah
Lobak Merah
Kejam! Bapa Tak Berhati Perut Pijak Anak Perempuan 2 Tahun di Tempat Awam
Loading
/

Mungkin sesetengah individu tidak layak digelar ayah mahupun ibu. Meskipun mereka dikurniakan cahaya mata yang comel dan baik, namun ibu bapa seperti ini tanpa belas kasihan telah mendera anak mereka sendiri dengan kejam!

Hal inilah yang berlaku kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun apabila bapanya yang tidak berhati perut telah memijak tubuhnya dengan sesuka hati di tempat awam.

Menurut Nextshark, kejadian yang berlaku pada 2 Disember di sebuah stesen bas dekat utara China di Langfang, Daerah Hebei ini diketahui selepas tersebarnya rakaman tersebut di media sosial.

46F7588500000578 5143077 Image A 12 1512383566739 1
sumber: daily mail

Menerusi rakaman yang diambil daripada telefon pintar, seorang budak perempuan dilihat telah dipijak tubuhnya oleh seorang lelaki dewasa sambil disaksikan orang ramai. Suspek kemudian dengan kasarnya telah mengangkat budak tersebut bangun dan menampar pipi mangsa berkali-kali. Aduhai! 

Apabila ada orang awam bertanya kepada suspek akan tindakan kejamnya itu, dia selamba membalas, “tiada apa-apa yang berlaku”. Ciss tak ada apa-apa dia kata? 

Susulan daripada tular video tersebut, pihak berkuasa telah menahan suspek yang dikenali sebagai Zhang berusia 39 tahun. Hasil siasatan mendapati suspek ternyata ialah bapa kandung kepada mangsa yang didera itu!

46F7587100000578 5143077 Image M 4 1512383494689
sumber: daily mail
46F7588900000578 5143077 Image A 5 1512383502621
sumber: daily mail

Menurut pihak polis, mangsa yang telah didera itu kemudiannya dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut dan tiada kecederaan serius dilaporkan terjadi ke atas budak perempuan berkenaan.

Step 1
sumber: nextshark

Buat masa ini, mangsa telah diputuskan berada di bawah jagaan neneknya. Manakala bapanya yang tidak berhati perut itu pula akan dikenakan hukuman yang setimpal dengan jenayah yang dilakukan.

Apa punya perangailah bapa macam ni? Kalau pun anak nakal sangat, inikah cara yang terbaik untuk mendidik anak? Baru umur 2 tahun kot. Dah tampar, pijak bagai! Aduhai…

Baca: Bapa Durjana Dera Anak Lelaki Berusia 5 Tahun Hingga Patah Peha Kiri

Dera