in

Kejam! Amah Meninggal Dunia Selepas Didera Majikan dan Dipaksa Tidur Luar Bersama Anjing

Amah Dera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes penderaan terhadap pembantu rumah atau amah ini bukanlah sesuatu yang jarang berlaku. Suatu ketika dahulu, kita dikejutkan dengan kes Nirmala Bonat yang telah dicederakan majikannya hingga meninggalkan parut di lengan, kepala, muka, mulut, hidung dan kesan emosi yang mendalam. Namun syukurlah Nirmala memenangi kes tersebut dan menerima bayaran ganti rugi yang sewajarnya.


Baru-baru ini muncul lagi satu kes penderaan terhadap amah sehingga menyebabkan wanita malang tersebut meninggal dunia akibat kesan daripada kecederaan yang dialaminya. Menurut The Star, mangsa yang dikenali sebagai Adelina, 21, dari Medan, Indonesia telah dipaksa tidur di luar rumah bersama anjing selama sebulan selain didera dari segi fizikal dan tidak diberikan makan. 

27751950 2079566565614151 1550975709101756517 N
sumber: facebook

Mangsa dilaporkan telah bekerja dengan majikannya yang masing-masing berusia 36 dan 39 tahun di Taman Kota Permai, Bukit Mertajam, Pulau Pinang selama tiga bulan. Adelina yang dikatakan telah diperlakukan seperti binatang dan sering dimarahi itu telah ditugaskan untuk menjaga ibu majikan di rumah.

27857949 2079577285613079 6198443058465051121 N
sumber: facebook

Perlakuan majikan mangsa yang kejam akhirnya terbongkar selepas penduduk di kawasan tersebut mula perasan akan keadaan Adelina yang dibiarkan tidur di lantai luar depan rumah dengan hanya beralaskan tikar buruk. Kadangkala mereka juga mendengar jeritan majikannya memarahi mangsa.

Melihatkan keadaan mangsa yang kian memburuk, pihak penduduk kemudian memaklumkan hal itu kepada Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim yang kemudian menghantar tiga orang pembantu untuk menyiasat.

Sim kemudian membuat tinjauan di lokasi berkenaan pada jam 4 petang semalam menyaksikan keadaan mangsa yang duduk di hadapan rumah dalam keadaan lemah dan hanya mengangguk ketika ditanya.

“Kami cuba bercakap dengan seorang wanita berusia 60-an yang dipercayai ibu kepada majikannya yang berada di dalam rumah dan memberitahu mahu membawa mangsa mendapatkan rawatan di hospital.

“Wanita berkenaan sebaliknya memarahi kami dan menyuruh kami agar tidak mencampuri urusan keluarganya dan memberi nombor telefon bimbit anaknya,” kata Sim.

27858316 2079566598947481 2102490878566746004 N
sumber: facebook

Susulan aduan dan maklumat yang diterima, polis telah menahan dua suspek yang didakwa melakukan penderaan tersebut selama dua hari untuk siasatan lanjut. Walau bagaimanapun, semuanya sudah terlambat apabila amah tersebut telah dilaporkan meninggal dunia semalam. Mangsa didakwa telah mengalami kesan lebam di kepala dan pelbagai kecederaan lain di bahagian tangan dan kedua-dua kakinya.

Kes yang pada asalnya disiasat mengikut Seksen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata telah diubah kepada Seksyen 302 keseksaan kerana membunuh selepas mangsa dilaporkan meninggal dunia di Hospital Bukit Mertajam.

Kenapalah kena berlaku kejam dengan amah? Mereka pun manusia biasa juga. Bekerja demi mencari wang untuk sesuap nasi.

Baca: Pasangan Suami Isteri Bersalah Dengan 12 Pertuduhan Dera Pembantu Rumah Menyebabkan Kecacatan Kekal 

Cacat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.