Kehilangan Ayam Peliharaan Tersayang, Lelaki Tawar RM1,540 Bagi Sesiapa Yang Berjaya Menjumpainya

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Pencinta haiwan sanggup lakukan apa sahaja untuk haiwan peliharaan mereka. Tidak hairanlah jika ada yang membelanjakan beribu-ribu untuk haiwan kesayangan mereka itu. Bukan itu sahaja, sekiranya haiwan peliharaan mereka terlepas atau hilang, mereka akan berusaha sehabis daya untuk mendapatkannya semula.

Baru-baru ini, seorang lelaki telah kehilangan haiwan kesayangannya dan dia telah menawarkan RM1,540 bagi sesiapa yang menemuinya.

Sumber: Facebook

Menurut Facebook, Ang Shao-wen, 31 tahun dari Singapura telah memelihara seekor ayam yang dinamakan Chicky sejak 5 tahun yang lalu. Chicky pada waktu itu masih kecil dan telah ditinggalkan oleh ibunya.



Chicky ialah anak ayam liar di kawasan Cornwall Garden. Jadi saya mengambil keputusan untuk memeliharanya setelah ditinggalkan ibunya,” kata Ang.

Sumber: Facebook

Ang sangat menyayangi Chicky dan melepaskannya untuk bergerak bebas di halaman belakang rumah dan juga di luar rumah. Dia juga akan memanggil Chicky pulang pada sebelah petang kerana takut diserang haiwan liar pada waktu malam.

Kebiasaannya, Chicky akan pulang pada sebelah petang jika dipanggil, tetapi ia tidak datang apabila dipanggil pada 3 minggu yang lalu.

Sumber: Facebook

Ang kemudian telah menampal 50 notis tentang kehilangan Chicky serta menawarkan SGD500 (RM1,540) bagi sesiapa yang tampil dengan maklumat tentang keberadaan Chicky. Banyak tuu!

Tambah Ang lagi, Chicky bukan seperti ayam liar lain kerana dia tidak takutkan manusia, jadi dia tidak tahu untuk bersembunyi sekiranya berada di dalam ancaman.

Kesiannya. Harap ada orang di luar sana yang ternampak Chicky. Semoga Chicky pulang ke pangkuan tuannya dengan selamat.



Baca: Berani Gila! Gadis Ini Bela Biawak dan 26 Jenis Ular Termasuklah Tedung Selar!

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.