in

Kehidupan Mewah Datuk Berusia 21 Tahun Ini Dipersoal Netizen

Datuk 21

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Kehidupan Mewah Datuk Berusia 21 Tahun Ini Dipersoal Netizen
Loading
/

Baru berusia 21 tahun tapi sudah bergelar Datuk? Apa sumbangannya sehingga mendapat anugerah setinggi itu? Itulah antara persoalan netizen terhadap Datuk Muhammad Saiful Muhammad Ali selepas video sambutan hari jadi mewahnya tersebar luas di media sosial.


Datuk Saiful Pahang 1
sumber: the star

Video itu memaparkan Muhammad Saiful bersama seorang lelaki tua berkemungkinan ayahnya turun dari jet mewah dan disambut kenderaan jenis Rolls Royce bersama beberapa orang pengiring. Dia dan ayahnya itu kemudian dibawa pula ke majlis sambutan hari lahir yang dirai dengan persembahan tarian serta nyanyian. Amboi! 

Capture 20170417 164042
sumber: youtube
Capture 20170417 164658
sumber: youtube

Rakaman video itu telah telah mendapat 300 ribu perkongsian semenjak dimuat naik semenjak Isnin lalu.

[sociallocker id=1666]

Manakala berdasarkan gambar yang dikongsikan di Instagram pula, Muhammad Saiful telah dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang pada tahun 2015 yang membawa gelaran Datuk.

15380832 212724475839950 5277271393682610713 N
sumber: facebook

Meskipun telah mendapat banyak cemuhan daripada ramai pihak, Muhammad Saiful telah membuktikan bahawa dia bukanlah Datuk sekadar pada nama seperti semua orang sangkakan.

Menurut Facebook, Muhammad Saiful masih memegang jawatan pengarah bagi beberapa jenis perniagaan termasuklah besi buruk, kedai serbaneka, pusat mencuci kereta, studio rakaman dan lain-lain. Boleh tahan hebat!  

[/sociallocker]

Umur bukan pengukur kejayaan. Yang penting usaha tau! 

Tonton video di bawah:

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.