in

Kedai Mamak Selamat Untuk Pelajar Bersosial, Boleh Kurangkan Kes Khalwat Berlaku

115500B3Gusa7Dtiaaagtt

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hubungan yang terbentuk antara kedai mamak dan rakyat Malaysia memang unik. Kalau ditanya tempat lepak mana yang paling best, mesti ramai yang setuju kedai mamaklah yang paling selesa. Nak tengok perlawanan bola sepak? Nak gathering dengan kawan-kawan sekolah? Tempat yang dituju pastilah kedai mamak!


Namun secara tiba-tiba timbul pula berita yang mengatakan kedai mamak bakal dihadkan operasinya ke jam 12 tengah malam mengikut dasar kesihatan baru yang akan diperkenalkan tahun hadapan, lapor FMT.

C5Eicpu
gambar hiasan

Tidak bersetuju dengan cadangan tersebut, Presiden Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA), Datuk Seri Syed Ibrahim Kader menyifatkan perkara itu sebagai ‘mengarut’. Menurutnya, kedai mamak adalah keperluan rakyat, khususnya bagi golongan pelajar dan peminat bola sepak yang ingin melepak hingga lewat malam.

Baginya, kedai mamak bukan saja menyediakan makanan yang sedap namun ia juga satu ruang sosial yang selamat bagi remaja lelaki dan perempuan untuk berinteraksi dan mengelakkan diri daripada terjebak dengan maksiat. Oh macam tu…

Apa yang akan berlaku kalau anda ambil perkara ini daripada mereka (kedai mamak tidak dibuka 24 jam)? Mereka mungkin akan ke tempat lain yang tidak selamat.

“Untuk pelajar Islam, adakah mereka akan ke rumah rakan dengan lelaki dan perempuan bercampur tanpa diawasi?” katanya kepada MMO.

Ohmedia Restoran Mamak Malaysia
gambar hiasan

Menurutnya lagi, selain daripada memaksa restoran untuk menutup kedai pada waktu tengah malam, pihak kerajaan sepatutnya mempromosi dan mendidik tentang cara pemakanan yang betul kepada masyarakat.

Malah kalau makan di luar boleh menyebabkan masalah kesihatan, bagaimana pula dengan masyarakat yang order makanan untuk dihantar ke rumah dan memasak dari dapur mereka sendiri pada waktu malam?

Apa yang mereka nak buat selepas ini? Beritahu orang ramai supaya jangan memasak selepas waktu tengah malam? Dan bagaimana pula pada bulan Ramadan, mereka perlu bangun sahur untuk berpuasa keesokan harinya kan? Siapa yang akan menyediakan servis makanan ini kepada mereka?” tanya Syed Ibrahim. Ye tak ye jugak kan?

Presiden Kimma
sumber: mmo

Dalam pada masa yang sama, Syed Ibrahim juga bimbang tarikan Malaysia sebagai destinasi makanan global mungkin terjejas jika dasar seperti ini dilaksanakan.

“Kita terkenal dengan makanan kita di seluruh dunia. Pelancong ke sini dan tertarik melihat makanan boleh didapati 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Sudahkah mereka fikir bagaimana ini akan menjejaskan industri pelancongan?” tambahnya.

Walau bagaimanapun, Syed Ibrahim berkata pihak persatuannya kini dalam usaha untuk menyediakan kertas cadangan yang akan dibentangkan kepada kerajaan selepas polisi terbabit dilaksanakan secara rasmi nanti.

Sehingga kini, Malaysia mempunyai kira-kira 12,000 premis makanan India Muslim dengan pendapatan berjumlah RM10 bilion.

Alaa tak bestlah kan kalau tak ada kedai mamak buka 24 jam! Nak lepak tengok bola kat mana lepas ni?

Baca: Wanita Temui Cacing Melingkar Dalam Ayam Goreng Dari Restoran Mamak di Kuantan

Cacing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.