“Ke mana kamu pergi 20 minit itu?” – Ibu Kongsi Detik Cemas Nafas Anak Terhenti Selama 20 Minit

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Anak adalah anugerah Tuhan yang terindah. Kehadiran cahaya mata di dalam hidup pasangan suami dan isteri menjadikan sebuah keluarga itu berasa lengkap dan bahagia.

Namun bagaimana pula jikalau pasangan suami isteri itu diuji dengan anak yang sakit ataupun jauh lebih teruk… hampir kehilangannya terus buat selama-lamanya setelah tidak sampai sebulan akan kehadirannya?

Menerusi perkongsian Wiwie Darvienda Mazweenda di laman Facebook, dia telah menceritakan detik cemas yang dihadapinya dengan suami ketika cahaya mata mereka, Noah Khaleefa Elya bin Amirul Naem tiba-tiba ‘senyap’ selama 20 minit.



Berikut apa yang diceritakannya:

Sumber: Facebook

“Macam biasalah, mamy sakit beranak. Layan contraction sambil bebel dekat dady. Duduk hospital dua malam baru Noah lahir ceaser (ceaserean) sebab tertelan najis dalam perut mamy.”

Namun syukurlah semuanya berjalan lancar walaupun bayi Noah telah dimasukkan ke dalam NICU untuk satu hari. Noah yang keluar dari NICU kemudian tinggal di wad biasa bersama Wiwie.

Sumber: Facebook

Beranak adalah pengalaman yang paling sakit dan menakutkan bagi mamy. Tapi pengalaman itu yang terindah. Barulah mamy dapat rasa dan turut mengkagumi kehebatan ibu-ibu lain.”

Kelahiran Noah membuatkan Wiwie berfikir betapa hebatnya seorang ibu melahirkan anak yang ramai, walaupun mereka diduga masalah ketika melahirkan namun mereka tetap tabah dan cekal menghadapinya. Hebatkan!

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Namun panas tidak sampai ke petang, hujan pula di tengah hari. Wiwie yang masih berpantang itu diduga apabila Noah jatuh sakit.



Sudah tiga hari Noah tidak sihat. Dan dalam jangka masa tiga hari itu jugalah Wiwie dan suami membawa anak mereka berulang alik ke klinik. Doktor pula hanya memberikan ubat titis pada hidung Noah untuk mencairkan kahaknya.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Hari ke-30 kita berpantang… itulah hari paling menakutkan. Perasaan yang paling takut yang mamy pernah rasa.”

Pada pagi berkenaan, Wiwie bangun untuk memandikan dan menyiapkan Noah. Pada ketika itu, Noah sudah terlihat lemah, pucat dan tidak mahu menyusu. Sungguhpun dia risau, namun apabila diingatkan kembali nasihat doktor untuk terus menyusu badan, Wiwie hanya menurut.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Keadaan Noah bertambah buruk menjelang tengah hari. Ketika bayi tersebut masih tidur, suami Wiwie mengambil tugas untuk menukarkan lampin anak mereka.

Najis kamu keluar sendiri, dady panik dan cuba dukung Noah. Noah pengsan. Dengan tiba-tiba nafas kamu terhenti. Nafas yang terakhir begitu panjang dan berbunyi.” 

Wajah Noah mula berubah menjadi biru. Wiwie dan suaminya juga tidak dapat mendengar denyutan jantung bayi tersebut. Nama Noah dipanggil berkali-kali, namun bayi tersebut tidak memberi sebarang respon. Aduh… 

Sumber: Facebook

Bimbang akan keadaan Noah yang tidak memberi sebarang respon, Wiwie dan suami bergegas ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan. Masa dirasakan berlalu dengan begitu lama, seakan-akan perjalanan dari rumah ke klinik sangat jauh.



“Dady bawa kereta macam lipas kudung. Mamy peluk Noah, Noah longlai rebah di bahu mamy. Mamy urut dada kamu, mamy panggil nama kamu.” 

“Noah anak kuat mamy, bangun sayang… bangun! Mamy dekat sini,” kata Wiwie.

Namun Noah masih tidak memberi sebarang pergerakan. Wiwie dan suaminya hanya mampu beristighfar dan terus memanggil bayi mereka.

Malah tidak semua klinik yang menerima Noah selepas melihat keadaannya kerana tidak berani mengambil kes kecemasan. Hanya ada satu klinik saja yang menerima Noah. Klinik Dr Bahiah menerima kes tersebut dan menolak kesemua pesakit lain termasuklah yang sedang dirawat semata-mata kerana Noah. Syukurlah!

Sumber: Facebook

“Dr Bahiah dan suami (juga seorang doktor) lakukan segala usaha. Sambil menunggu ambulans, semua kakitangan memainkan peranan masing-masing.”

“Doktor beri bantuan oksigen untuk cairkan hingus, CPR dan defibrillator (pam jantung). MasyaAllah keadaan itu masih lagi terngiang dalam ingatan.”

Selepas beberapa minit berusaha, doktor hanya memandang dan memberitahu Wiwie yang mereka masih tidak dapat mengesan sebarang denyutan nadi. Kedua-dua suami isteri itu hampir hilang akal dan pengsan mendengarnya, namun rasa hati seorang ibu tidak pernah menipu.

“Bangun sayang! Bangun Noah Khaleefa!” jerit hati Wiwie.

Ajaibnya Noah tiba-tiba bernafas panjang dan memberi respon! Namun dia tetap dikejarkan ke hospital akibat pernafasan yang tidak stabil.

Sumber: Facebook

Menurut Wiwie, Noah berada seminggu di wad dengan bantuan pernafasan. Keadaan HBnya kadang-kadang naik dan turun. Tubuhnya pula kadang-kadang normal dan kadang pula tidak.

Sumber: Facebook

“Kamu minum melalui tube. Mamy rindu kamu. Rindu bonding antara ibu dan anak ketika kamu menyusu.” 

Sumber: Facebook

Sungguhpun Wiwie hampir berputus asa kerana doktor menyuruhnya untuk tidak berharap apa-apa, dia terpaksa tabah dan hanya menanti keajaiban berlaku.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

“Hari demi hari kamu semakin kuat. Tersenyum mamy kerana kamu sayang.”

Berkat doa mereka yang masih menyayangi Noah, bayi itu kembali sihat seperti sediakala. Wiwie sudah boleh tidur bersama anaknya kembali. Malah selera makannya juga bertambah setelah Noah pulih.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Kata Wiwie, hari ini merupakan hari ulang tahun kelahiran Noah yang pertama. Oleh sebab itu perkongsian ini dibuat untuk mengimbau semula tragedi yang menimpa Noah disamping berterima kasih kepada mereka yang membantunya sepanjang perkara tersebut berlaku. Terutamanya kepada Dr Bahiah, staf kilinik dan Hospital Sungai Buloh yang sentiasa memberi tumpuan kepada Noah.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Semoga Noah terus kuat dan menjadi anak yang soleh! Jangan lupa berbakti kepada ibu bapa yang telah banyak berkorban demi kamu, ye! 

Baca: Bapa Kongsi Kisah Kematian Anak Disebabkan Kelalaian Hospital

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!