in

“Kau la antara sebab orang dok label artis takde otak!” – Fathia Dikecam Kerana Kritik Najib

Fathia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Banjir di Pulau Pinang telah menjadi isu utama yang diperkatakan di Malaysia sejak beberapa hari ini. Kebanyakan orang menggunakan media sosial untuk menyampaikan kata-kata semangat kepada mangsa-mangsa banjir.


Baru-baru ini, pelakon, Fathia Latiff juga turut berkongsi pandangannya di Twitter. Tetapi, perkara pertama yang ditegur oleh netizen ialah kesalahan Fathia yang menyapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sebagai “Mr. President”. Selepas menyedari kesalahannya, Fathia telah memadam tweet tersebut dan menggantikannya dengan tweet yang baru.

Fln6
sumber: instagram
Fln18
sumber: twitter

Menurut Malaysian Digest, pelakon cantik ini telah menulis tweet yang ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai isu banjir di Pulau Pinang yang kini sedang hangat diperkatakan. Melalui tweet tersebut, Fathia mempertikaikan keberadaan Najib Razak dan bertanya bilakah beliau akan melawat mangsa banjir di negara itu.

Fl1
sumber: twitter

Walau bagaimanapun, status Fathia ini menimbulkan kemarahan netizen kerana mereka menganggapnya hanya mahu mencari perhatian. Tak kurang juga yang mengatakan Fathia punca orang lain melabelkan semua artis ‘tiada otak’.

Fln2
sumber: twitter
Fln1
sumber: twitter

Antara komen-komen lain termasuklah yang menggesa artis itu untuk turun sendiri ke Pulau Pinang untuk turut sama membantu mangsa-mangsa banjir. Ada juga yang mengharapkan supaya Fathia tidak melibatkan politik dalam isu banjir ini kerana kita sebagai rakyat Malaysia perlu bersama-sama membantu antara satu sama lain di saat musibah yang melanda.

Fln3
sumber: twitter
Fln5
sumber: twitter

Ini bukanlah kali pertama Fathia Latiff dihujani kontroversi. September lalu Fathia telah dikecam ramai selepas video tersebar melalui aplikasi Bigo Live kerana keadaannya yang mengaibkan. Setelah video tersebut tersebar, pada mulanya Fathia menafikan dia adalah individu di dalam video itu, tetapi kemudian mengaku kerana tidak mahu isu tersebut berpanjangan.

Selain itu, dia juga pernah dikecam oleh netizen kerana menyatakan pendapatnya di Twitter. Terdahulu Fathia telah dikecam kerana telah salah faham dengan istilah ‘cashless yang telah dinyatakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Harap Fathia dapat menjadikan isu ini sebagai pengajaran. Fathia mungkin boleh lebih berhati-hati dan menyemak fakta terlebih dahulu sebelum menaikkan post di Twitter bagi tidak menimbulkan kemarahan netizen.

Baca: Fathia Latiff Akui Dia Wanita Dalam Video, Tak Tahu Bigo Live Boleh Ditonton Umum

Fln8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.