in

“Kau bodoh ke apa? Buat apa aku ambil kau kerja kalau benda senang pun tak boleh buat!”

Pageddd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Golongan muda zaman sekarang yang lahir pada tahun 1981 dan ke atas seringkali dilabel sebagai generasi strawberi oleh banyak pihak. Golongan ini digelar sebagai generasi strawberi kerana sifat mereka yang manja, mahu berada dalam keadaan selesa dan tidak mampu menahan tekanan hidup selain tidak mahu bekerja keras.


Mahu membuktikan bahawa anak muda zaman sekarang bukanlah generasi strawberi seperti yang didakwa oleh ramai pihak, seorang individu bernama Joe Najib tampil berkongsi satu entri panjang lebar di laman Facebook miliknya.

R2
sumber: facebook

Dalam entri tersebut, Joe berkongsi kisah layanan kurang enak yang dialami olehnya sewaktu di tempat kerja dan menceritakan bagaimana layanan buruk itu sebenarnya boleh menjadikan seseorang individu jadi lebih baik.

Kau bodoh ke apa? Buat apa aku ambil kau kerja kalau benda senang pun tak boleh buat! Tak guna!”

Menurut Joe, itulah kata-kata yang paling pedih pernah dilemparkan kepadanya selama tempoh dia bekerja. Lelaki tersebut yang ketika itu bekerja sebagai seorang Eksekutif Perkhidmatan Pelanggan baru sahaja menghampiri tahun kedua pekerjaannya dalam bidang pengiklanan.

“Apa yang lagi pedih dan memalukan, waktu tu bos aku tengking sampai satu department tu dengar. Mereka semua buat-buat tak dengar. Tapi kau tahu mereka dengar. Sebab bunyi orang menaip waktu tu semua terhenti. Tiba-tiba seluruh tempat tu senyap.

“Itulah 30 saat paling panjang dalam hidup aku sebelum bos cakap ‘Berambus!’ dan menamatkan kesengsaraan aku,” katanya.

R3
sumber: facebook

Selepas kejadian tersebut, Joe menceritakan bahawa dia mengambil masa berbulan-bulan untuk mendapatkan semula kepercayaan dan pengiktirafan daripada majikannya. Setiap kali menghantar hasil kerja, dia pastikan kerjanya sempura dan dihantar tepat pada waktu yang diminta.

Pada suatu hari, Joe dan pasukannya diminta untuk menguruskan satu pesta tarian tahunan. Sewaktu orang lain sibuk bergembira, bosnya tidak henti-henti menghubungi Joe dan pasukannya untuk memeriksa keadaan. Tepat jam 1 pagi, Joe dan pasukannya dipanggil untuk ke belakang pentas.

“Habislah, mesti ada yang tak kena ni.”

Seluruh pasukan berkumpul dan bos menyuruh mereka naik ke pentas bersamanya. Dalam keadaan bimbang memikirkan apa kesalahan yang dilakukan pasukannya kali ini, Joe mendengar kata-kata yang langsung tidak disangka-sangka dari majikannya.

30,000 orang menikmati malam ni. Kamu yang buat semua ni jadi kenyataan. Kamu semua. Dari sekeping kertas. From nothing but an idea. Tutup walkie talkie tu. Bergembiralah! We all deserve it.

R1
sumber: world of buzz

Joe merasakan bahawa mungkin ramai anak muda di luar sana yang akan rasa terhina dan malu jika ditengking sebegitu rupa oleh bos mereka seperti yang dialami olehnya. Mungkin juga akan ada yang terus hantar surat letak jawatan kerana merasakan diri mereka layak menerima layanan lebih baik.

Lelaki itu juga meluahkan rasa sedih kerana anak muda zaman sekarang tidak mahu bertahan sebelum benar-benar merasa nikmat dipuji atas kerja hasil titik peluh sendiri. Mengakhiri perkongsiannya, Joe merasakan bahawa layanan buruk yang diberikan majikan dan kecekalan sebenarnya perlu bagi membentuk generasi yang lebih baik.

Lain orang lain caranya. Mungkin ada yang merasakan layanan buruk bukan sesuatu yang elok untuk dipraktikkan di tempat kerja. Namun, mungkin juga ada yang jadi lebih baik selepas dilayan sebegitu seperti Joe.

Baca: Lelaki Ini Peroleh PhDnya Pada Usia 72 Tahun, Jadi Inspirasi Anak Muda Sekarang

Pakcik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.