in

“Kasihan pelajar takde bajet besar nak makan,” – Hidangan Kedai Makcik Seringgit Menjadi Rebutan Pelajar

Page Rm1 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelajar zaman sekarang seringkali mengalami kesukaran untuk berjimat dari segi makan. Hal ini adalah kerana rata-rata gerai makanan kini meletakkan harga yang tinggi pada makanan yang dijual dengan alasan bahan-bahan mentah sekarang mahal.


Namun begitu, menurut Berita Harian, terdapat sebuah gerai makan di Kulim, Kedah yang menyajikan makanan dengan harga bajet kepada pelanggan yang majoritinya merupakan pelajar.

F 1
sumber: berita harian

Pasangan suami dan isteri, Mohamad Rozi Ishak, 48, dan Noor Haliza Mohd Hashim, 44, telah beroperasi sejak enam tahun yang lalu di Jalan Pondok Labu. Mereka berdua memilih untuk menjual nasi bajet bagi membantu pelajar menikmati makanan sedap pada harga rendah.

“Tarikan utama adalah harganya iaitu nasi set bajet berharga serendah RM2 dan air hanya RM1 dan saya jual sebab kasihan kepada pelajar yang tak ada bajet besar untuk makan.”

Gerai yang terkenal dengan nama Kedai Makcik Seringgit, menjual set nasi bajet di mana pelanggan boleh memilih salah satu daripada beberapa jenis lauk seperti ikan sardin, telur goreng atau rebus, sosej atau kepingan daging dan sayuran dengan harga RM2 sahaja. Wow! Murahnye!

H 2
gambar hiasan

Bukan sekadar makanan yang murah di gerai ini, pasangan ini juga menjual air yang dibancuh seperti Milo, teh ais, Horlicks ais dengan harga RM1 sahaja.

Kedai yang beroperasi pada jam 7 pagi sehingga 7 malam ini menerima ramai pelanggan pada waktu tengah hari dan sering dikunjungi oleh pelajar yang memesan nasi bajet untuk juadah makan tengah hari.

B 2
gambar hiasan

Haliza berkata, harga yang diletakkan langsung tidak merugikan perniagaan mereka, malah menjadi tarikan untuk lebih ramai pengunjung datang membeli di gerai mereka.

“Bab makan saya tak nak berkira sangat. Janji harga berpatutan dan ramai orang boleh makan sampai kenyang.”

Difahamkan, nasi bajet yang dijual di gerai tersebut lebih murah daripada kantin kolej berdekatan serta mempunyai rasa yang sedap. Hal ini menyebabkan pelajar lebih senang untuk membeli makanan di situ.

Memang murahlah! Semoga peniaga dimurahkan rezeki…

Baca: Restoran Tidak terima Wang Tunai, Boleh Bayar Guna Sampah Untuk Bantu Golongan Miskin

D

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.