in

Kanak-kanak Trauma Kerana Tindakan Tidak Berakal Guru Tadika Swasta Tarik Rambut dan Telinga

2 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagaikan tiada penghujungnya, isu kanak-kanak didera dan dikasari guru atau penjaga sering berlaku terutamanya di pusat jagaan dan tadika. Meskipun kebimbangan ini telah disuarakan berkali-kali oleh ibu bapa, kejadian terkutuk ini masih berlaku dan individu yang terlibat seakan-akan tiada hati perut dalam mendidik anak yang kecil.


Menerusi perkongsian Aishah Kamal di Facebook, dia telah meluahkan rasa kesal apabila anak lelakinya mengalami trauma selepas dikasari oleh guru sebuah tadika swasta terkenal. Apa yang lebih menyakitkan hati, pihak yang terlibat langsung tidak memohon maaf di atas perkara yang menimpa anaknya.

10455914 1593656804241130 7806130402638038759 N
sumber: facebook

Berikut apa yang dikongsikan Aishah:

“Memuat naik kisah ini, saya rasa bercampur baur. Tapi setelah sekian lama memikirkan, hari ini saya nak kongsi di sini. 

“Adam mula bersekolah di XX Taman Pelangi sejak berusia 2.5 tahun. Banyak kenangan pahit dan manis dilalui di sana. Setelah tiga tahun di sana dengan pelaburan kami sebanyak RM18,480 (ini tidak termasuk wang-wang sampingan lain) telah membuat kami sedih kerana apa yang telah berlaku kepada Adam.”

Menurut Aishah, pada bulan Disember lalu dia telah menghantar Adam dan adiknya, Alya ke sekolah kerana ibu mertuanya pergi bercuti. Pada waktu itu cuti sekolah sedang berlangsung dan tadika itu  membenarkan ibu bapa menghantar anak mereka untuk day care.

“Saya risaukan Alya kerana pertama kali ke sekolah. Saya pesan dengan Adam untuk tengok-tengokkan Alya kerana dia baru dua tahun,” kata Aishah lagi.

26992284 2012247395715400 1454941486375716675 N
sumber: facebook

Pada pagi itu sesuatu telah berlaku. Adam telah membantu adiknya untuk mengangkat beg sekolah ke tingkat atas kerana Alya harus masuk ke playschool yang berada di tingkat tersebut. Dek kerana tindakannya membantu Alya, seorang guru bernama Brenda telah menarik rambut Adam sambil memarahinya.

Alasan guru tersebut ialah dia mahu Alya berdikari sedangkan budak tersebut baru di hari pertama sekolah dan hanya berusia dua tahun. Logik ke alasan macam ni kena tarik rambut? 

Bukankah itu nilai murni abang membantu adik? 

“Selapas kejadian itu, Adam tidak mahu ke sekolah lagi. Setelah tanya dia banyak kali, Adam beritahu cikgu ini selalu memukul termasuk menarik telinganya. Hancur hati saya… Petang itu saya nampak kesan tampar pada peha kanan dan (anak) mengadu sakit kepala kerana kesan tarik rambut,” tulis Aishah.

27072766 2012247469048726 441888661508835806 N
sumber: facebook

Susulan daripada apa yang berlaku, Aishah telah mengadu kepada pengarah kampus yang turut bersedih dengan apa yang terjadi. Konsep tadika swasta itu sepatutnya menggunakan cara islamik yang mana tidak boleh menaikkan suara atau memukul murid-murid. Dengan itu, pihak kampus yang mempunyai rakaman CCTV telah memutuskan untuk memberhentikan Cikgu Brenda.

Atas nilai kemanusiaan, Aishah meminta pihak pengurusan untuk tidak memberhentikan cikgu berkenaan yang juga seorang ibu tunggal. Dia juga telah membuat keputusan untuk memasukkan anak ke sekolah lain.

“Saya terkilan kita bayar untuk servis tapi setelah tiga tahun di sana, XX bukan seperti yang digambar di media sosial. Prestasi pelajaran juga tidak dititik berat kerana sibuk untuk persiapan graduasi setiap hujung tahun untuk branding mereka. 

“To CEO, XX, until today there is no apology from you or your management for me having to deal with my children’s emotion and wasted nearly RM20,000. We have sleepless nights for all these problems,” katanya lagi.

Menurut Aishah, kejadian tersebut merobek emosi anaknya yang mana sangat susah untuk masuk ke mana-mana sekolah lain sebab mengalami fobia. Baginya, pihak XX patut lebih menumpukan perhatian pada pendidikan yang diberikan daripada hal-hal penjenamaan yang tidak perlu.

Kesian ibu bapa yang sanggup bayar mahal dan hantar anak-anak ke sekolah yang bagus untuk dapat pendidikan yang terbaik tapi ini pula yang mereka terima. Harapnya pihak tadika lebih prihatin dalam isu sebegini. Tak pasal-pasal murid jadi mangsa. 

Baca: Pengasuh Taska di Melaka Kejam Dera Bayi Dengan Ikat Kaki Tangan Ketika Menyusu

Dera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.