in

Kanak-kanak Perempuan 7 Tahun Hampir Diculik Oleh Pelarian Rohingya di Pasar Malam Kuala Kangsar

C1 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelarian Rohingya selalunya dikaitkan dengan berita penindasan kaum mahupun peristiwa-peristiwa menyedihkan seperti tiada tempat berteduh dan tidak cukup bekalan makanan. Pun begitu, seorang lelaki warga Rohingya ini ternyata telah menconteng arang pada nama kaum terbabit gara-gara tindakan tidak elok yang dilakukan.


Menurut WORLD OF BUZZ, seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun hampir diculik oleh lelaki dipercayai pelarian Rohingya di sebuah pasar malam pada 19 Februari yang lalu. Kejadian jam 6:30 petang itu dilaporkan berlaku di Kuala Kangsar, Perak.

C2
sumber: facebook

Sewaktu insiden terjadi, ibu kepada kanak-kanak perempuan tersebut yang merupakan seorang penjual sayur sedang sibuk menguruskan jualannya. Tiba-tiba, wanita tersebut terdengar suara anaknya menjerit dengan kuat datang dari sebalik lori. Bimbang selepas terdengar jeritan itu, wanita berkenaan menyuruh suaminya, Wong memeriksa apa yang berlaku.

Setibanya di situ, Wong terkejut apabila ternampak seorang lelaki muda menarik tangan anaknya dengan penuh paksaan. Bimbang akan keselamatan anak perempuannya, Wong segera menghalang lelaki tersebut dan meminta bantuan orang ramai.

C3 2
sumber: china press
C4 1
sumber: china press

Difahamkan, pelarian berusia 21 tahun itu keluar daripada kem pelarian dua tahun yang lalu. Setelah ditangkap, lelaki tersebut memberikan alasan bahawa dia hanya mahu bergambar dengan kanak-kanak itu sebelum digari dan ditangkap oleh pihak polis.

Lebih mengejutkan, lelaki berkenaan sebenarnya ada membeli sayur di gerai Wong sebelum kejadian berlaku dan menyorok di belakang lori sejurus selepas itu. Wong menjelaskan bahawa anaknya memang kerap kali mengunjungi mereka di pasar malam itu bagi membantu perniagaan sayur-sayuran keluarga.

C5 1
sumber: china press

Wong memaklumkan bahawa sepanjang 20 tahun berniaga di pasar malam tersebut, ini adalah kali pertama kejadian sebegitu menimpa dirinya dan keluarga.

Berhati-hati para ibu bapa. Zaman sekarang memang kena extra careful tak kira di mana!

Baca: Budak Perempuan Berusia 4 Tahun Nyaris Diculik Ketika Ditinggalkan Bapa Untuk Ke Tandas

Oala

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.