in

Kanak-kanak Derita Barah Hati Menangis Mahukan Ibunya Tanpa Ketahui Dia Telah Ditinggalkan

Baby Feature

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bukan hanya terpaksa menjalani rawatan yang menyakitkan tetapi bayi malang ini juga turut ditinggalkan ibunya. Menurut Malaysian Digest, Hu Haoyang berusia 2 tahun dari Yicheng di wilayah Hubei, China menghidap hepatoblastima iaitu penyakit barah hati yang jarang berlaku.


Penyakitnya itu mula dikesan pada Mei 2016 selepas bapanya menyedari dia kerap mengalami demam. Meskipun dua pertiga daripada hatinya telah dibuang, namun barah yang dihidapi Haoyang atau lebih mesra dipanggil Yangyang kembali semula.

Baby 7
sumber: metro uk
Baby 1
sumber: daily mail

Doktor kemudian menyarankan Yangyang melakukan pemindahan hati dan dia telah dipindahkan ke hospital kanak-kanak di Beijing untuk mendapatkan rawatan yang lebih baik.

Malangnya, bapa Yangyang, Hu Xiaofei tidak mampu menanggung kos perubatan yang dilaporkan mencecah satu juta yuan. Disebabkan itu, Hu terpaksa meminjam 700,000 yuan (RM 443 409) dari saudara, rakan dan ceti haram. Alahai kesiannya.

Menurut Hu, isterinya meninggalkan mereka berdua pada penghujung November lalu ketika pembedahan anaknya yang pertama. Bukan itu sahaja, wanita itu turut melarikan wang sebanyak 200,000 yuan (RM 126, 688) yang dikumpulkan untuk rawatan Yangyang! Kejamnya!

Baby 4
sumber: daily mail
Baby 5
sumber: daily mail

Berang dengan tindakan isterinya itu, Hu kemudian mengugut untuk melaporkan kepada pihak berkuasa menyebabkan wanita itu akur dan mengembalikan semula wang berkenaan.

Hu akui tidak sanggup memberitahu perkara sebenar kepada anaknya dan setiap kali Yangyang menangis mahukan ibu, Hu terpaksa berbohong mengatakan wanita itu keluar mencari wang. Alahai sedihnya.

Baby 2
sumber: daily mail
Baby 3
sumber: daily mail

Difahamkan, Yangyang kini dibawah jagaan datuk serta neneknya dan telah melakukan kimoterapi sebanyak 20 kali selain turut menjalani sembilan pembedahan.

Kisah malang yang menimpa kanak-kanak dua tahun itu mendapat perhatian masyarakat di China dan sebuah tabung derma telah ditubuhkan untuk membantu keluarga tersebut.

Baby 6
sumber: daily mail

Sampai hati tinggalkan anak yang sedang menanggung kesakitan. Tak boleh bayangkan perasaan budak tu bila dapat tahu dia sudah ditinggalkan maknya.

Baca: Kanak-kanak 7 Tahun Tenat Tolak Peluang Jalani Pembedahan, Beri Duit Simpanan Untuk Selamatkan Adik

Penyakit Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.