in

Kanak-kanak 9 Tahun Cedera Tangan Kiri Selepas Mercun Bola Meletup Ketika Bermain

Page 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kanak-kanak semestinya menjadi individu yang paling teruja untuk bermain mercun. Namun, perkara itu sebenarnya merbahaya kerana boleh mendatangkan kecederaan dan berakhir dengan tragedi.


Menurut New Straits Times, seorang kanak-kanak berusia 9 tahun cedera di tangan kiri selepas mengalami pendarahan serius akibat letupan mercun, kira-kira jam 5 petang Isnin lalu.

Budak
sumber: new straits times

Mohammad Afiq Hamdi Mohd Rozi dari Kampung Wakaf Beruas, Kuala Terengganu bermain mercun di kawasan kampung sebelum mendapat idea untuk membuat satu bunyi letupan besar dengan menggabungkan dua mercun bola dan menanamnya.

Sebaik selesai menggabungkan mercun bola itu, dia segera menggali tanah untuk menanamnya. Bagaimanapun, belum sempat dia mengambus tanah itu, mercun yang ada di dalam lubang meletup sebaik sumbu dinyalakan.

Ketika itu, tangan kiri saya baru sahaja mengaut pasir untuk mengambus lubang berkenaan.”

Budak3

Dalam keadaan sakit, Afiq kemudian berlari pulang ke rumah sambil menangis meminta tolong sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah oleh keluarganya.

Menurut Ketua Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Mohammad Omar, kanak-kanak itu menjadi mangsa pertama dalam kes mercun di Terengganu pada tahun ini.

Dia tidak lagi dalam bahaya dan akan keluar dari hospital tidak lama lagi.”

Budak2

Mohammad turut mengingatkan ibu bapa supaya berwaspada dan perhatikan anak-anak ketika mereka bermain mercun.

Saya berharap ibu bapa akan menyelia anak-anak mereka ketika bermain dengan mercun, tidak kira jika ia nampak tidak bahaya sekalipun.”

Netizen rata-rata mempertikaikan tindakan kanak-kanak itu bermain mercun meskipun sudah tahu ianya merbahaya.

“Kan orang dah cakap mercun tu bahaya. Kenapa degil,” komen seorang pengguna Facebook.

Ada juga yang menegur ibu bapa supaya lebih peka dan menghalang kanak-kanak bermain mercun atau bunga api.

“Jangan biarkn anak-anak kecil main mercun. Kalau nak main bunga api pun kena ada pengawasan dari orang dewasa,” komen seorang lagi.

Seeloknya halanglah anak anda yang masih kecil bermain mercun. Kalau taknak jadi macam ni, beringatlah…

Baca: Kanak-kanak 4 Tahun Cedera di Dahi, Badan dan Pendarahan di Kemaluan Akibat Didera Ibu dan Kekasih

Buda

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.