Kanak-kanak 7 Tahun Tenat Tolak Peluang Jalani Pembedahan, Beri Duit Simpanan Untuk Selamatkan Adik

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Seorang kakak juga merupakan salah seorang yang menjaga dan melindungi serta mengalah dari adiknya ketika dalam keadaan yang memerlukannya berbuat sedemikian. Sebagai contoh, mengalah jika adik mahukan permainannya. Namun, seorang kakak dari China ini melakukan lebih daripada itu.

Seorang kanak-kanak berusia 7 tahun yang disahkan menghidap penyakit tulang yang jarang berlaku memberikan kesemua duit simpanannya berbentuk syiling kepada bapanya kerana mahu menyelamatkan adiknya.

Sumber: World of Buzz

Adik perempuannya turut menghidap penyakit yang sama dan memerlukan rawatan, sama sepertinya. Kisah memilukan ini dilaporkan berlaku di Henan, China. Menurut World of Buzz, Wang Yue telah disahkan menghidap penyakit Osteropetrosis, penyakit yang mengancam nyawa di mana tulang menjadi terlalu padat di seluruh tubuh.



Simptom-simptom penyakit itu termasuklah patah tulang, pengeluaran sel darah rendah dan kehilangan fungsi saraf tengkorak, yang akhirnya akan membawa kepada buta, pekak dan kelumpuhan saraf muka.

Sumber: World of Buzz

Keadaan Wang Yue semakin teruk dan dia boleh meninggal pada bila-bila masa sahaja. Bagaimanapun, dia menolak untuk menjalani rawatan perubatan moden dan hanya meminum 7 mangkuk ubat tradisional Cina setiap hari, demi menyimpan duit untuk diberikan kepada adiknya yang berusia satu tahun.

Difahamkan pada awal peringkat, Wang Yue telah menyedari bahawa penglihatannya menjadi kabur dan dia mengalami kesukaran untuk membaca buku.

Ibu bapanya berjaya menemukan sumsum tulang yang serasi dan penderma dikatakan sedang menjalani pemeriksaan kesihatan. Mereka juga merancang untuk memberikan kedua-dua anak menjalani pemindahan sumsum tulang itu.

Malangnya, kos pembedahan bagi seorang anak adalah 500,000 yuan (lebih kurang RM320,000), tidak termasuk yuran rawatan selepas pembedahan. Bapanya telah menghabiskan segala wang simpanan di dalam akaun bank untuk rawatan awal dua kanak-kanak itu.



Selepas meminjam dari keluarga dan rakan-rakan, bapanya hanya berjaya mengumpulkan kurang 200,000 yuan (lebih kurang RM127,500). Menyedari bahawa hanya seorang sahaja yang dapat diselamatkan, Wang Yue memberitahu bapanya,

“Memandangkan kita tidak dapat meminjam wang yang banyak, saya menyerah untuk tidak melakukan rawatan tersebut. Saya ada sedikit simpanan, campurkan dengan wang yang telah dipinjamkan untuk menyelamatkan adik saya,” katanya.

“Saya sudah besar, tiada masalah jika saya tidak menjalani rawatan itu. Ambillah duit yang saya simpan, tolong ambil,” tambahnya sambil menghulurkan duit syiling yang dikumpulkan kepada bapanya.

Sambil menangis bapanya menghulurkan tangan sambil menggeletar kerana tidak dapat menahan kesedihan. Sedihnya 🙁

Sumber: World of Buzz
Sumber: World of Buzz

Difahamkan, kisah mereka telah mendapat perhatian rakyat di negara itu dan sebuah tabung derma telah diwujudkan untuk mengumpul dana pembedahan dua beradik itu.



Diharap wang yang terkumpul dapat membantu membayar kos pembedahan dan rawatan susulan untuk kedua-dua kanak-kanak tersebut.

Baca: Remaja Meninggal Dunia Sementara Menunggu Pembedahan Organ Kerana Tidak Mampu Bayar

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Sue Idris

Suka thriller movies, suka kucing, suka makan, suka kopi, suka melancong, suka shopping, suka berangan, eh suka semua lah!