in

Kanak-kanak 6 Tahun Maut Selepas Ditinggalkan di Dalam Van Sekolah Selama 5 Jam

Pemandu Cuai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berita buruk yang diterima secara mengejut adalah salah satu perkara yang kita paling tidak mahu dengar. Tetapi itulah yang menimpa sebuah keluarga ini yang mendapat berita mengejut tentang tragedi malang menimpa anak kecil mereka baru-baru ini.


Menurut laporan dari Coconuts, seorang kanak-kanak berusia 6 tahun koma selepas ditinggalkan di tempat duduk belakang van sekolah yang dinaikinya.

Kejadian berlaku pada 31 Julai lalu di Ayutthaya, Bangkok. Chanachai Kongpol atau mesra dipanggil Gaga telah dijumpai di dalam van tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas lima jam pemandu van itu menjemputnya yang bersekolah di Wat Choeng Len School.

Pemandu Cuai1
sumber: coconuts

Selepas dijumpai, Gaga terus digegaskan ke Hospital Ayutthaya dan menurut pemandu van itu, Boonlerd Wattakee, 57, selama empat tahun menjadi pemandu murid sekolah, dia biasanya memeriksa van tersebut selepas menghantar semua murid. Bagaimanapun, pada hari kejadian, cuaca mendung dan hujan bakal turun jadi dia tidak memeriksa lalu terus masuk ke rumah untuk berehat.

Pemandu Cuai2
sumber: khaosod

Selepas dibawa ke hospital, Gaga terpaksa dipakaikan alat pernafasan dan Boonlerd kemudian segera menghubungi kedua ibu bapanya untuk meminta maaf. Dia telah menyatakan rasa bersalahnya kerana cuai kepada kedua ibu bapa Gaga.

Malangnya, keadaan anak kecil itu tetap sama. Otaknya dilaporkan tidak memberi tindak balas kerana kekurangan oksigen dalam masa yang lama selepas terperangkap di dalam van yang panas selama berjam-jam.

Gaga disahkan meninggal dunia petang semalam selepas dua hari dalam keadaan koma. Ibunya Funta Boon-ngam, 33, membuat keputusan untuk menyumbangkan injap jantung serta kedua-dua mata anaknya kepada pesakit yang memerlukan. Mayat Gaga telah dipindahkan ke Hospital Universiti Thammasat untuk proses bedah siasat sebelum dikembalikan kepada keluarga untuk pengebumian.

Pemandu Cuai4
sumber: bangkok biz news

Menurut Funta, dia mahu tragedi anaknya itu menjadi pengajaran kepada semua orang terutamanya pemandu van sekolah supaya tidak cuai. Funta turut berkata bahawa dia tidak menyimpan dendam terhadap pemandu itu tetapi akan mengambil tindakan undang-undang.

Sehari selepas Gaga dibawa ke hospital, Boonlerd telah menyerahkan diri kepada pihak polis. Dia kini didakwa kerana kecuaian yang menyebabkan kecederaan serius kepada orang lain dan memandu pengangkutan awam tanpa lesen.

Pemandu Cuai3
sumber: khaosod

Tragedi yang menyayat hati buat keluarga anak kecil itu. Semoga keluarga Gaga peroleh kekuatan dalam menempuhi dugaan ini.

Baca: Bayi Berusia 6 Hari Ditemui Mati Dalam Perigi Disyaki Dibunuh Ahli Keluarga Sendiri

Bunuh Bayi Gila Teruk Perangai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.