in

Kanak-kanak 12 Tahun Larikan Diri Dari Rumah Kerana Tidak Tahan Sering Dirotan Bapa

Dera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dilaporkan telah melarikan diri dari rumah keluarganya kelmarin di Puchong. Menurut Sinar Harian, seorang lelaki telah menemui mangsa yang bersendirian di sebuah stesen minyak di Taman Puchong Prima pada awal pagi (10 Julai).


Apabila ditanya mengapa dia bersendirian pada waktu sebegitu, kanak-kanak tersebut mengadu bahawa dia takut untuk pulang kerana tidak mahu dirotan bapanya.

Lelaki tersebut kemudian membawa mangsa ke Balai Polis Bukit Puchong untuk membuat laporan.

Gambar
sumber: facebook

Menurut laporan, kanak-kanak itu dikatakan melarikan diri dari rumah selepas mendakwa tidak tahan dirotan bapanya.

Mangsa juga mendakwa sering dipukul menggunakan rotan atas sebab remeh. Disebabkan itu, mangsa mengalami kesan calar dan luka di kedua belah lengan, paha, betis dan kedua belah kakinya serta cedera di bahagian kepala. Alahai kesiannya.

Bukan itu sahaja, ibunya juga didakwa telah melarikan diri kerana berlaku pergaduhan dan dipukul oleh bapanya.

Kanak-kanak itu juga dilaporkan tidak dapat mengingati nombor telefon kedua ibu bapanya dan telah dibawa ke Hospital Serdang untuk pemeriksaan lanjut. Kes kini disiasat bawah Seksyen  31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Semoga nasibnya dibela pihak bertanggungjawab.

Baca: Bapa Tiri Dera Anak Hingga Mati Namun Menipu Untuk Tutup Kesalahan

Dera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.