in

“Kami ambil upah sebagai tukang urut” – Caliph Buskers Kongsi Kepayahan Mencari Rezeki Sebagai OKU

Caliph 2
Sumber: Kaki Muvee

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Kami ambil upah sebagai tukang urut" - Caliph Buskers Kongsi Kepayahan Mencari Rezeki Sebagai OKU
Loading
/

Meskipun sudah bergelar artis dengan mempunyai peminat mereka tersendiri, Caliph Buskers akui tetap berdepan cabaran untuk bekerja di dalam industri seni tanah air.


Menurut vokalis, Khairul Azmi Saat, 29, cabaran paling besar yang dilalui adalah kerana mereka merupakan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU). Disebabkan itu, kumpulan yang ditubuhkan pada 2014 ini terpaksa berusaha lebih untuk bersaing dengan penyanyi-penyanyi yang lain.

Caliph 2
sumber: kakimuvee

Caliph Buskers ketika ditemui pada sidang media Program Temu Duga Terbuka SL1M 2017 yang diadakan di Hotel Impiana semalam sempat berkongsi pengalaman yang mereka tempuhi sebelum ini.

“Saya mahu berkongsi tentang pengalaman kami anggota Caliph Buskers bagaimana kami berhadapan cabaran untuk bersaing mencari rezeki.

“Walaupun sudah bergelar artis tapi kami perlu bekerja dua kali ganda untuk bersaingan dengan penyanyi lain. Faizal Tahir mungkin boleh menari atau melompat atas pentas, tapi kami tidak boleh.”

Caliph 4
sumber: siput hijau

Malah, menurut mStar, Caliph Buskers yang dianggotai Azmi bersama Nirwan Zainal Abidin, Fendy Abdullah, Syahzmeen Abdul Rahman, Mohd. Zaki Ismail dan Nor Nadira Rubina pernah melakukan bermacam-macam jenis pekerjaan termasuklah tukang urut untuk mencari sesuap nasi.

Biarpun kekurangan dari segi penglihatan, ianya tidak pernah menghalang mereka untuk berusaha mencari rezeki buat keluarga tersayang. Ketika mula menjadi penghibur jalanan pada tahun 2014, mereka juga turut mengambil upah sebagai tukang urut.

“Waktu itu selepas sahaja selesai kerja sebagai tukang urut kami akan ke beberapa tempat untuk menyanyi.

“Kami sangat berharap dengan perkongsian pengalaman kami nanti dapat memberi sedikit sebanyak inspirasi kepada anak muda lain.”

Caliph 5
sumber: beautiful nara

Caliph Buskers mula mendapat perhatian dan menjadi bualan ramai selepas mengadakan persembahan pentas pertama mereka di Anugerah Juara Lagu ke-29 pada tahun 2015.

Persembahan bersama Mojo dengan membawa lagu Romancinta memberi tuah buat mereka selepas berjaya memenangi Persembahan Terbaik.

Selain menjadi trending di media sosial dan mengundang reaksi luar biasa dari penonton, Caliph Buskers juga telah disunting komposer terkenal, Edry Abdul Halim.

Caliph 1
sumber: berita harian

Masih ingat persembahan memukau Caliph Buskers bersama Mojo sehingga mendapat standing ovation?

Baca: Lelaki Menahan Perit Berdiri Bawah Panas Terik Matahari di Shah Alam Demi Mencari Pekerjaan

Pakcik Kadbod0

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.