in

“Kalau dah satu dorm kau sumbatkan macam ayam dalam reban..” – Lelaki Hina Tragedi Kebakaran Dikecam

Bunuh Budak Tahfiz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tragedi kebakaran di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang berlaku semalam telah menyentuh hati hampir semua lapisan masyarakat. Setiap kali membaca kisah mereka atau melihat temubual bersama keluarga mangsa, pasti ada yang menyeka air mata dalam diam.


sumber: astro awani

Namun di tengah-tengah kesedihan itu, muncul seorang individu yang telah melemparkan kata-kata tajam terhadap tragedi tersebut. Menerusi perkongsian di Facebook, lelaki dengan nama Muhamad Azree Abdul Aziz ini telah mencela pengurusan pusat tahfiz yang dikatakan kononnya penyebab kepada kematian anak tahfiz tersebut. Ya Tuhan!  

Azree dengan lantangnya menulis di status Facebook,

” Dah terbakar, kau jangan nak salahkan sesiapa. Kalau dah satu dorm kau sumbatkan macam ayam dalam reban ayam.

“Dengan kelulusan keselamatan pun kau tak ambil peduli. Yang jadi mangsa budak-budak. Yang emak dan bapa budak tu semua bukan kisah pun keselamatan anak-anak mereka.

“Yang mereka tahu, ‘Oh anakku ahli syurga.’ Kepala b**** lah.” 

Ouch beratnya tuduhan dia! 

Dia juga menambah di hujung posting, “Pengajaran. Sekolah tahfiz membunuh.” 

21728433 1655276337825372 7401224492362964669 N
sumber: facebook

Bersama perkongsian tular tersebut, disertakan bersama gambar individu tidak bertanggungjawab itu yang sekaligus menjadi kecaman netizen oleh kerana penampilannya yang dikatakan ‘melampau’. Dah mula dah sesi kutuk mengutuk netizen!

21728140 1655276514492021 7303250325705595967 N
sumber: facebook
21751669 1655276544492018 1089416651507372853 N
sumber: facebook
21730879 1655276434492029 8543996578270628680 N
sumber: facebook

Rata-rata netizen yang membaca posting lelaki tersebut marah dan melabelnya sebagai lelaki bermulut puaka. Dia juga dikecam kerana tidak langsung menjaga sensitiviti keluarga mangsa dan mangsa yang terkorban, di samping dengan mudahnya menuding jari terhadap pihak-pihak yang tertentu.

Kecam 2

Kecam 3

Kecam 4
sumber: facebook

Malah ada pula yang bersetuju dengan kata-kata Azree dan merasakan cara dia menyampaikan luahan tersebut dengan bahasa yang agak ‘kasar’ itulah menyebabkan dia tidak disenangi netizen lain.

Sokong 1

Sokong 2
sumber: facebook

Walau bagaimanapun, akaun milik Azree ini tidak lagi dijumpai di laman Facebook. Kemungkinan besar dia telah memadam akaunnya kerana menerima kecaman yang hebat dari netizen.

Buat masa ini, adalah lebih baik jikalau netizen dan orang awam memilih untuk diam dan menunggu laporan sebenar kes dari pihak berkuasa. Membuat spekulasi dan saling tuding menuding jari siapa salah dalam hal ini tidak akan menyelesaikan masalah.

Semoga mereka yang terlibat terus tabah menghadapi segala dugaan yang mendatang. Salam Takziah!

Baca: Ibu Hilang Tiga Anak Serentak Dalam Kebakaran Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Anak Syurga

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.