in

Jururawat Kejam Dera Dua Anak Angkat Perempuan Secara Seksual, Cubit Kemaluan Hingga Luka

Luka Dera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti drama TV yang selalu kita tonton mengenai ibu yang kejam, anak angkat yang tidak berdosa selalu jadi mangsa deraan mereka.


Namun kisah ini lebih menyedihkan apabila dua budak perempuan diambil sebagai anak angkat oleh seorang wanita yang juga jururawat hanya kerana menginginkan wang bantuan kerajaan bernilai RM250. Setelah duitnya dia dapat, anak-anak tidak berdosa ini pula jadi mangsa dera keluarganya. Huh jenis mata duitan sungguh! 

Menurut World of Buzz, ibu angkat yang sudah mempunyai dua anak ini tinggal di Kampung Rambutan, Perak. Pada Mei 2015, dia telah mengambil dua anak angkat perempuan yang juga adik beradik dari jabatan kebajikan kerana mahukan wang RM250 yang diberikan kerajaan buat setiap kanak-kanak tersebut.

20604525 322846524836437 4349688156547418490 N
sumber: facebook

Kanak-kanak itu melalui detik hitam dalam hidup mereka apabila mereka telah didera oleh anak kandung ibu angkat mereka yang masing-masing berusia 15 dan 16 tahun.

Namun penderitaan mereka akhirnya berlalu pada 31 Julai lepas apabila seorang jururawat dari Klinik Kesihatan Sungai Bayor telah membuat pemeriksaan ke atas tubuh badan kanak-kanak berkenaan semasa di tadika dan menjumpai kesan kecederaan lama pada mangsa yang berusia 5 dan 6 tahun.

Kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke Hospital Selama untuk pemeriksaan lanjut dan hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan rotan, dicucuh bara rokok pada bahagian badan dan kesan cubitan serta luka pada kedua-dua kemaluan mangsa dan kesan kemasukan pada alat sulit. Aduhai! 

Screen Shot 2017 08 03 At 2.59.40 Pm
Sumber: wob
Screen Shot 2017 08 03 At 2.59.52 Pm
sumber: wob
Screen Shot 2017 08 03 At 3.00.05 Pm
sumber: wob

Susulan dari laporan yang dibuat jururawat tersebut, pihak polis telah menahan suspek berusia 44 tahun iaitu ibu angkat mangsa serta remaja perempuan berusia 15 tahun dan remaja lelaki berusia 16 tahun untuk membantu siasatan.

“Semasa siasatan dijalankan, mangsa memberitahu bahawa ibu dan kakak angkat selalu merotan dan mencubit mereka. Selain itu, mereka juga menggunakan jari untuk mencabul mangsa di bahagian alat sulit,” kata Ketua Daerah Selama, Deputi Supritendan Loo Lian Lai. 

“Abang angkatnya pula akan mencucuh api di tubuh dan peha mangsa menggunakan puntung rokok,” tambahnya lagi. 

Mangsa kini dirujuk ke Hospital Taiping untuk pemeriksaan pakar dan akan dihantar ke jabatan kebajikan sepanjang siasatan dijalankan.

Anak kandung ataupun anak angkat, kedua-duanya dahaga kasih sayang ibu dan bapa. Bukannya seksaan dan deraan mereka. Kejam! 

Baca: Ibu Tiri Dakwa Anak 3 Tahun Maut Kerana Jatuh di Bilik Air, Rupa-rupanya Didera Sehingga Meninggal Dunia

Muka Mak Tiri Anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.