in

Jurulatih dan 4 Atlet Berbasikal Paralimpik Cedera Dilanggar Lari Kereta Pacuan Empat Roda Ketika Latihan

Atlet Langgar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Jurulatih dan 4 Atlet Berbasikal Paralimpik Cedera Dilanggar Lari Kereta Pacuan Empat Roda Ketika Latihan
Loading
/

Malang tidak berbau. Seorang ketua jurulatih dan empat atlet berbasikal paralimpik negara cedera akibat dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Lebuhraya Latar dekat kawasan Batu Arang pagi tadi.


21433070 10213889831463869 89374187381885380 N
sumber: facebook
21314673 10213889960547096 3675812527147565512 N
sumber: facebook

Menurut laporan Mstar, mangsa yang terdiri daripada Johari Nayan, jurulatih pasukan serta empat orang atlet iaitu Mohd Nor Rizuan Zainal, 31, Khairul Azwan Wahab, 25, Nur Syafiq Suhaimy, 19, dan Khairul Nizam Mohd Ali, 23, telah dilanggar dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 10.50 pagi.

Pemandu kenderaan pacuan empat roda itu pula dipercayai telah melarikan diri daripada tempat kejadian meninggalkan lima mangsa kesakitan di atas jalan raya.

21317920 10213889962827153 5905684312041946742 N
sumber: facebook
21314707 10213889963787177 8889107673188871589 N
sumber: facebook
21433150 10213889965787227 3828482463604526173 N
sumber: facebook

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supritendan Ruslan Abdullah berkata, pihak polis buat masa ini sedang menjejaki pemandu yang tidak bertanggungjawab itu dan kenderaannya.

Walau bagaimanapun, mangsa sudah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut. Susulan dari kejadian ini, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian tersebut diminta untuk menghubungi pihak polis. Suspek dipercayai menggunakan kenderaan Toyota Hilux.

21371272 10213889961787127 6061233716522203027 N
sumber: facebook
21369227 10213889965147211 4437315032239868041 N
sumber: facebook

Semoga atlet negara cepat sembuh! 

Tonton video dibawah:

Baca: Lelaki ‘Disorok’ Ibu Bapanya Selepas Langgar Lari Budak Sekolah Sehingga Cedera Parah

Langgar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.