Jurugambar Tempelak Sikap Berlagak Tetamu Majlis Perkahwinan, Miliki iPhone 8 Namun Tiada Adab

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Mana-mana majlis perkahwinan di zaman sekarang pastinya akan menggunakan khidmat jurugambar supaya kenangan pada hari bahagia tersebut dapat dikongsikan kepada anak cucu pada masa akan datang.

Oleh itu, jurugambar boleh dikatakan antara individu yang penting dalam majlis perkahwinan dan tetamu sering memanfaatkan khidmat mereka untuk merakam gambar bersama pasangan pengantin di majlis tersebut.

Gambar hiasan

Namun tanpa disedari, sebenarnya tingkah laku tetamu yang melampau juga boleh mengguris hati jurugambar. Menerusi perkongsian jurugambar otai, Abd Jalil Jalil di Facebook, beliau telah menceritakan pengalamannya diberi ‘amaran’ oleh tetamu agar berhati-hati dalam memegang telefon pintar mereka yang berharga mahal.



“Hari ini kesabaran abang teruji apabila ada seorang (tetamu) yang suruh abang shoot gambar dia bersama pengantin. Dia kata iPhone 8 dia ni mahal, baru beli katanya. Pegang baik-baik yer! 

“Lalu secara spontan Abang JJ jawab, yang abang pegang seerat-eratnya kamera ini satu set harganya RM31,500. 

“Abang tak boleh pegang sebelah tangan. Takut-takut jatuh nanti. Kau suruh budak yang itu ambil gambar kau. Lalu terkedu dia,” katanya.

Ops! Memang menusuk teguran abang ni! 

Sumber: Facebook

Abd Jalil atau nama sebenarnya, Abdul Jalil Shinin, 60, telah mempunyai pengalaman dalam bidang fotografi selama 35 tahun. Baginya perkara tetamu meminta jurugambar tolong rakamkan gambar mereka bersama pengantin dengan menggunakan telefon bimbit ini adalah hal biasa.



Sumber: Facebook

Namun sikap tidak beradab mereka itulah yang membuatkannya kurang senang, katanya kepada mStar.

“Kami bukan budak kecil untuk dipesan ‘jaga telefon ini baik-baik kerana harganya mahal’. Berubah terus air muka pemuda itu bila saya beritahu tentang harga kamera DSLR saya pula,” katanya lagi.

Sumber: Facebook

Melalui entrinya itu juga, Abdul Jalil sempat berpesan supaya orang muda kini berbudi bahasa dan belajar menghormati peranan jurugambar rasmi di mana-mana majlis perkahwinan.

Tak payah cerita kamera kau iPhone 8 mahal ni, pegang baik-baik yer. Pui! Kadang-kadang kita kena ajar juga orang yang sebegini. Jadi harapan Abang JJ pada semua jurugambar sama-samalah kita hadapinya dengan bijaksana,” tambahnya lagi.

Perkongsian ini telah mendapat sokongan daripada netizen yang rata-rata memahami situasi seorang jurugambar seperti Abdul Jalil.

Sumber: Facebook

Dalam pada itu, Yeirkif Abdullah, 29, yang juga jurugambar perkahwinan popular berkata, dia berkongsi pengalaman yang sama dihadapi Abdul Jalil ketika menjadi jurugambar rasmi bagi majlis perkahwinan.



“Tetamu datang minta rakamkan gambar itu perkara biasa dan kami pun faham. Cuma kalau nak ambil gambar berkumpulan, cukuplah berikan satu telefon bimbit dan gambar itu masih boleh dikongsikan sesama mereka.

“Pernah juga tetamu mengarahkan kami untuk mengambil gambar mereka dengan pengantin tetapi mengikut sudut (angle) yang ditentukan oleh mereka dan tidak kurang juga pihak yang berebut spot untuk merakam gambar pengantin,” luahnya.

Berpada-padalah semasa bergambar di majlis perkahwinan. Kasihan jurugambar nak kena melayan kerenah tetamu semua. Lama-lama pegang kamera pun penat dan berpeluh juga tau. Semoga perkongsian ini bermanfaatlah di musim perkahwinan begini.

Baca: Dua Lelaki Lewat Untuk Penerbangan Ditahan Staf KLIA2 Kerana Kurang Ajar Memotong Barisan Sesuka Hati

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!