Jumlah Tontonan Tertinggi di Youtube, Aiman Tino Diiktiraf Malaysia Book of Records!

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Siapa tak kenal dengan penyanyi muda yang semakin hari semakin popular di Malaysia ini. Namanya dikenali kerana lagu Ku Rela Dibenci, Aiman Tino menjadi kegilaan ramai gadis-gadis bukan sahaja di negara ini tapi juga di negara seberang sampai ada yang pengsan kerana terlalu teruja dapat berjumpa dengannya.

Menurut mStar, populariti penyanyi tersebut dan lagu dendangannya terbukti apabila Aiman baru-baru ini mencipta sejarah kerana salah satu daripada lagunya mendapat pengiktirafan yang tidak disangka-sangka. Lagunya yang berjudul Ku Rela Dibenci dikatakan telah tersenarai dalam Malaysia Book of Records! Wah, muda-muda lagi nama dah masuk Malaysia Book of Records!

Sumber: PRU14

Aiman menyatakan rasa terharu dan langsung tidak menyangka bahawa lagu sulungnya itu mendapat jumlah tontonan tertinggi di laman Youtube sehingga layak menerima penghargaan tersebut. Dicipta oleh kedua ibu bapa Aiman sendiri, lagu Ku Rela Dibenci kini mendapat hampir 43 Juta tontonan di Youtube. Wow! Banyaknya!



“Tak sangka dan terkejut apabila dimaklumkan lagu tersebut tersenarai sebagai lagu paling banyak tontonan.”

“Lagu itu sendiri sangat bermakna dalam hidup saya kerana di situlah bermulanya karier saya sebagai penyanyi.”

Sebagai lagu yang memperkenalkan Aiman kepada industri hiburan tanah air, penyanyi berbakat ini mengatakan bahawa lagu Ku Rela Dibenci sangat bermakna buat dirinya kerana karier sebagai seorang penyanyi bermula sewaktu dia mula mendendangkan lagu ini.

Sumber: Instagram

Majlis penyerahan sijil penghargaan atas kecemerlangannya itu dikatakan akan diadakan di sebuah hotel di ibu negara pada 16 Januari ini. Walaupun Ku Rela Dibenci menerima banyak kecaman, penyanyi berusia 19 tahun itu mengakui bahawa ia turut menyumbang kepada jumlah tontonan yang diterima.

“Saya ingin berterima kasih kepada penonton di seluruh dunia yang telah menonton muzik video tersebut di Youtube.”



“Walaupun awalnya dulu ada yang mengecam lagu Ku Rela Dibenci, saya tak boleh nafikan mereka turut menyumbangkan kepada jumlah tontonan.”

Sumber: Instagram

Tidak melupakan peminat yang banyak memberikan sokongan, Aiman mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat dan pendengar yang sentiasa menyokong kerjaya seninya.

Waaaah, tahniah Aiman Tino!

Baca: Peminat Pengsan dan Terpaksa Ditenangkan Kerana Terlalu Teruja Dapat Berjumpa Aiman Tino

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.