in

Joy Revfa Bersumpah Pernah Lakukan Seks, Hafiz Bertegas Tidak Mengaku

Joy Hafiz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang ramai ketahui, kisah pergolakan rumah tangga Hafiz Hamidun dan Joy Revfa masih belum selesai. Pelbagai isu dibangkitkan kedua-dua belah pihak dengan kedua-duanya saling menuding jari sejak kes berkenaan dibawa ke mahkamah.


Terbaru, Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin menggunakan nama Allah dengan membuat pengakuan bahawa dia pernah mengadakan hubungan kelamin bersama Hafiz Hamidun sepanjang bergelar suami isteri, lapor mStar.

Joy 2
sumber: rotikaya

Joy telah memuat naik kenyataannya di Facebook dengan berkata dia enggan menjelaskan perkara tersebut kepada umum secara lebih terperinci kerana mahu menjaga aib suaminya itu.

Dengan nama Allah swt… Saya berani menyatakan di sini itu adalah bohong dan tidak benar sama sekali kerana kami telah melakukan itu namun ada sesuatu yg saya tak dapat ceritakan demi menjaga aib dia.”

Joy 1
sumber: mstar

Joy turut menjelaskan bahawa perceraiannya dengan bekas suami iaitu Mohd Rayos Abdul Rahim disahkan jatuh dengan talak satu dua tahun lalu selepas diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Selasa.

Perkara itu sekaligus menafikan bahawa dia masih berstatus isteri orang ketika berkahwin dengan Hafiz pada 1 Mei lalu.

“Ini bermakna saya dan bekas suami sudah sah cerai dua tahun yang lalu. Nikah saya dengan “suami” (Hafiz) sekarang adalah sah dalam agama Islam di Malaysia.”

Kahwin

Joy turut berkata bahawa dia tidak akan meneruskan pernikahannya bersama Hafiz jika perkahwinan mereka sah di sisi agama.

Jika orang bertanya, adakah saya mahu teruskan pernikahan saya bersama HH (Hafiz Hamidun) 1,000 kali saya akan katakan tidak kerana bagi saya dia tidak layak jadi seorang suami saya dan keturunan saya nanti.”

Bagaimanapun, Hafiz menerusi Twitter menafikan kenyataan Joy bahawa mereka pernah ‘bersama’. Makin berpanjangan lah kes ni…

Hafiz 1
sumber: twitter

Semoga kes ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin dan aib serta maruah suami isteri terjaga…

Baca: ‘Saya dah puas dimanipulasi oleh dia..’ – Joy Revfa Dakwa Hafiz Keruhkan Keadaan

Joy Feature

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.