Jom Cuba! Orang Ramai Berpusu-pusu ke ‘Warung Bunian’ Ini Untuk Rasa Nasi Lemak Telur Bungkus

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Malaysia sememangnya terkenal dengan nasi lemak dan hidangan itu sentiasa menjadi pilihan kita untuk menikmati sarapan pagi. Disebabkan itulah, baru-baru ini nasi lemak dipilih menjadi tema Kostum Kebangsaan yang akan digayakan dalam pertandingan Miss Universe.

Namun, dek kerana kos barangan yang semakin meningkat, saiz telur adalah antara salah satu isu yang tidak pernah berkesudahan apabila sesetengah peniaga menjual nasi lemak dengan saiz telur yang tidak masuk akal. Masih ingat nasi lemak telur sim card?

Sumbre: Twitter

Ramai penggemar nasi lemak mula kecoh disebabkan kesukaran untuk mendapatkan hidangan itu dengan saiz telur yang berpatutan. Memang pun!



Tetapi, sebuah gerai nasi lemak di Kajang yang tular baru-baru ini bagaimanapun masih memberikan pelanggan mereka saiz yang berpatutan. Bukan sekadar itu, telur yang diberikan memang confirm cukup untuk setiap hidangan nasi lemak!

Sumber: Facebook
Sumber: Blog

Sebuah perkongsian di Facebook daripada salah seorang pelanggan mereka bernama Azri baru-baru tular selepas dia berkongsi keunikan dan kesedapan nasi lemak telur bungkus yang dihidangkan di sini.

Sumber: Blog
Sumber: Blog

Bersama perkongsian itu, Azri turut memuat naik beberapa gambar berserta video bagaimana nasi lemak itu disediakan. Fuhh panas panas sedap tu!

Gerai awesome ini terletak di Sungai Merab, Kajang dan pada asalnya bernama Kedai Makan Tapak Sulaiman namun ditukar kepada Warung Bunian selepas diusulkan oleh para pelanggan.

Menurut pelanggan tetap gerai itu, idea nama Warung Bunian tercetus kerana kedudukan gerai itu yang agak terperosok. Ramai orang sanggup menempuh perjalanan meskipun tidak tinggal di Kajang semata-mata untuk menikmati nasi lemak telur bungkus ini. Mesti sedap! 



Sumber: Facebook
Sumber: Blog

Selain nasi lemak, Warung Bunian juga menghidangkan roti canai dan kuih muih Melayu. Tetapi sudah semestinya pilihan utama pelanggan adalah nasi lemak telur bungkus!

Sumber: Blog

Kalau anda ingin rasai sendiri keenakan nasi lemak telur bungkus yang unik ini atau hidangan yang lain, boleh ke Warung Bunian!

Alamat: Warung Bunian, No. 80A, Jalan Jamaluddin, Desa Putra, Sungai Merab, 43000 Kajang, Selangor

Baca: Bukan Nasi Lemak Paru Atau Sambal Sotong, Tapi Nasi Lemak Lobster!

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Sue Idris

Suka thriller movies, suka kucing, suka makan, suka kopi, suka melancong, suka shopping, suka berangan, eh suka semua lah!