in

Jika Pintu dan Tingkap Rumah Anda Berjeriji Besi, Baca Ini Sebagai Langkah Keselamatan

Page 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rata-rata punca kematian dalam insiden kebakaran rumah adalah disebabkan mangsa terperangkap di dalam rumah dan gagal menyelamatkan diri disebabkan terkurung di dalam pintu dan tingkap berjeriji besi. Yelah mana tak nya, masa tu mesti dah rasa panik. Nak cari kunci pun rasa tak sempat!


Metal Grill Rumah To See This Picture In Full Size Just Right 36657
gambar hiasan

Antara kes yang melibatkan punca kecelakaan yang sama:

1. Kebakaran yang melibatkan pelajar tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Seramai 23 pelajar terbunuh dalam kebakaran di sebuah sekolah tahfiz di Kuala Lumpur. Punca kebakaran masih dalam siasatan (meskipun sebelum ini disimpulkan kerana litar pintas) dan mereka gagal melepaskan diri gara-gara semua tingkap dipasang jeriji besi dan hanya ada satu pintu untuk keluar dan masuk, lapor Berita Harian.

Terbakar2
sumber: facebook
21731365 372170793201985 4275748012658598969 N 1
sumber: facebook
21740041 1738756046433586 6498914125310287094 N 1
sumber: facebook

2. Kebakaran yang melibatkan sebuah keluarga di Subang Jaya

Sebuah keluarga maut akibat kebakaran yang tercetus di rumah mereka. Kejadian yang mengorbankan sepasang suami isteri dan dua anak lelaki telah berpunca dari litar pintas dan kesemua mangsa gagal melepaskan diri kerana kesemua pintu dan tingkap dipasang dengan jeriji besi, lapor Astro Awani.

41486354257 Freesize
sumber: astro awani
61486354267 Freesize
sumber: astro awani
Faimly Ah Kok
sumber: the star

3. Kebakaran yang melibatkan tiga adik beradik di Kelana Jaya

Tiga adik-beradik maut dalam tragedi kebakaran yang berlaku di Jalan SS7/16 pada tahun 2001. Punca kejadian adalah disebabkan oleh litar pintas dan ketiga-tiga mereka gagal menyelamatkan diri disebabkan pintu berjeriji besi menjadi penghalang, lapor Utusan Malaysia.

Mh 01 Big
sumber: utusan malaysia

Rata-rata punca kematian apabila berlakunya kebakaran di Malaysia adalah disebabkan tingkap dan pintu jeriji besi. Apabila melihat statistik yang dikumpul pada tahun lalu, sebanyak 44 kematian telah dicatit berlaku akibat punca yang sama.

Sehingga kini Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia belum bercadang mewujudkan undang-undang bagi mewajibkan pemasangan jeriji yang mudah buka di setiap kediaman. Sebaliknya JBPM memilih untuk memberi penekanan dalam mendidik masyarakat tentang langkah berjaga-jaga sebagai cara yang terbaik.

“Kami yakin sekiranya kami ambil tindakan lebih agresif dari segi kempen menggunakan saluran yang betul, sambutan daripada orang ramai akan lebih baik. Jadi cara terbaik seperti yang berlaku di negara-negara lain juga melalui public education,” ujar Ketua Pengarah JBPM, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim.

Oleh itu, JBPM telah menetapkan beberapa langkah-langkah keselamatan bagi mencegah kebakaran daripada berlaku. Antaranya:

1. Keselamatan di dapur

Semasa memasak pastikan anda memberi tumpuan sepenuhnya. Pastikan keadaan dapur bersih dan tidak berminyak. Jangan memasak dalam keadaan yang letih atau mengantuk.

Images 1
gambar hiasan

2. Ruang alat pemanas

Letakkan alat pemanas pada jarak 3 kaki atau satu meter daripada sebarang benda yang mudah terbakar.

Barang Elektronik
gambar hiasan

3. Perkakas merokok

Pastikan bekas abu rokok yang digunakan besar dan lebar. Basahkan bekas tersebut sebelum digunakan lagi dan jangan merokok ketika hendak tidur. Adalah lebih baik jika anda TIDAK MEROKOK di dalam rumah.

Jdzi Cigarette Ashtray
gambar hiasan

4. Mancis dan pemetik api

Pastikan bahan seperti mancis dan pemetik api disimpan ditempat yang selamat dan jauhi ia dari kanak-kanak.

Cigarette Lighter
gambar hiasan

5. Elektrik

Gantikan wayar yang telah rosak atau terpintal. Sentiasa peka terhadap barangan elektrik yang digunakan seperti peralatan yang berbau, berasap dan terlampau panas. Pastikan juga peralatan elektrik yang anda guna diluluskan oleh SIRIM.

220900 Sirim Quality System Logo
gambar hiasan

6. Penyediaan alat pemadam api

Pastikan anda memiliki sekurang-kurangnya satu pemadam api di dalam rumah.

C3516Fbd97Ac94C177Cc8B9E5Dc00403 Html
gambar hiasan

7. Pemasangan alat pengesan asap

Pemasangan alat pengesan asap sedikit sebanyak dapat menolong anda menjadi lebih berjaga-jaga jika berlakunya kebakaran.

Smoke Detector 1005
gambar hiasan

Walaupun pemasangan jeriji besi menjadi punca utama kematian bila berlakunya kebakaran, namun pemasangan ia amatlah penting buat aspek keselamatan yang lain. Contohnya, ia dapat menghalang rumah anda dari dipecah masuk dengan mudah.

Maka disebabkan itu anda boleh mempraktikkan langkah-langkah yang disenaraikan oleh JBPM sebagai langkah alternatif.

Ingat mencegah dari awal lebih bagus dari menyesal kemudian hari! 

Baca: 47 Bangunan Kediaman Tinggi di Seluruh Negara Dikategori Berisiko Tinggi Kebakaran

Capture 33

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.