in

Jika Anda Membeli-Belah Menggunakan Kad Kredit, Berhati-hati Dengan Taktik Ini….

Msians Need To Be Aware Of New Feature When Keying In Their Credit Card Pin World Of Buzz 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penggunaan nombor PIN atau Personal Identification Number pada kad kredit telah memudahkan kehidupan seharian orang awam meskipun ia masih baru di kalangan rakyat Malaysia. Sungguhpun ia memudahkan, ia juga membawa kepada pelbagai masalah kerana pihak bank terpaksa memperbaharui mesin kad kredit yang bakal digunakan.


Msians Need To Be Aware Of New Feature When Keying In Their Credit Card Pin World Of Buzz
sumber: wob

Menurut The Star, ciri-ciri baru yang ditambah ke dalam mesin kad kredit terkini termasuklah, tip screen (wang upah), tidak diketahui pelanggan ramai. Malah tak semua staf juga yang tahu rupanya!

Pada tip screen tersebut, pelanggan sepatutnya memasukan jumlah wang upah yang ingin mereka berikan. Namun akibat ramai yang tidak tahu akan fungsinya, mereka hanya menekan nombor PIN apabila mesin tersebut diberikan kepada mereka.

Kejadian ini telah menimpa salah seorang netizen yang berkongsi kisahnya di media sosial. Menurutnya,

“Juruwang tersebut mengatakan transaksi saya tidak berjaya dan dia menyuruh saya memasukkan nombor PIN semula. Namun kemudian, saya dapat tahu yang sebelum skrin tersebut menunjukkan paparan nombor PIN, ada satu lagi paparan yang meminta berapa banyak wang upah yang ingin saya berikan.

“Nombor PIN saya telah menjadi amaun wang upah dan saya secara tidak sengaja telah membayar dua kali ganda harga hidangan tersebut.” 

Aduhh parah ni! Kalau nombor PIN mula dengan nombor 9… mau bankrap dibuatnya!

Msians Need To Be Aware Of New Feature When Keying In Their Credit Card Pin World Of Buzz 2
sumber: wob

Namun mujurlah pelanggan tersebut perasan akan kesalahan yang dilakukannya dan dia meminta juruwang tersebut mengembalikan wang dalam bentuk cash.

Seorang lagi pelanggan, Jonathan Looi, 28, juga hampir-hampir menjadi mangsa akan kejadian yang sama. Katanya, dia mula berasa pelik apabila nombor PIN yang dimasukkan dapat dilihat dan tidak seperti selalunya apabila ia berubah menjadi bentuk asterik, lapor World of Buzz.

“Saya bernasib baik kerana tersedar sebelum menekan butang ‘enter’. Saya rasa mesin kad kredit ini memang diprogramkan dengan gaya seperti itu dan staf restoran sepatutnya maklumkan saya mengenai ciri baru ini. 

“Juruwang tersebut beri saya mesin kad kredit tanpa berkata apa-apa dan saya ingat ia seperti proses pembayaran biasa di mana saya masukkan PIN dan tekan ‘enter’,” katanya.

Msians Need To Be Aware Of New Feature When Keying In Their Credit Card Pin World Of Buzz 3
sumber: wob

Kejadian ini telah berlaku beberapa kali sejak dua bulan kebelakangan semenjak mesin kad kredit baru diperkenalkan. Malah sebuah restoran di Pulau Pinang telah melatih staf mereka untuk menyelesaikan masalah ini.

Penolong pengurusnya berkata, “Baru-baru ini pihak bank memperbaharui mesin dan sejak dari itu, kami akan menekan butang enter sehinggalah kami dapat melihat paparan bayaran yang betul. Setakat ini, kami belum lagi mengalami sebarang masalah bayaran tip yang salah. Kami juga telah memaklumkan staf untuk memastikan mereka menekan butang enter dan langkau ciri terbaru tersebut.”

Msians Need To Be Aware Of New Feature When Keying In Their Credit Card Pin World Of Buzz 4
sumber: wob

Susulan dari isu ini, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris telah menasihatkan pihak bank untuk memaklumkan pelanggan supaya berwaspada akan ciri terbaru berkenaan.

Pastikan anda tengok paparan skrin tu betul-betul sebelum tekan butang enter! 

Baca: Rakyat Malaysia Kini Dengan Mudahnya Boleh Membuat Laporan Polis Menggunakan Aplikasi VSP

Vsp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.