Jijik! Hotel 5 Bintang Pengotor Guna Berus Yang Sama Untuk Cuci Mangkuk Tandas Dan Bersihkan Cawan

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Mewah, teratur dan bersih. Pada luarannya, itulah yang kita bayangkan apabila bercakap tentang hotel bertaraf lima bintang. Berpadanan dengan kos penginapan yang mahal, layanan yang diberikan perlu sejajar dengan bayaran yang dikenakan dan kemudahan hotel harus sentiasa berada dalam keadaan yang cantik dan kemas.

Pun begitu, siapa sangka wujud hotel lima bintang yang langsung tidak menitik beratkan kebersihan hotel tetapi hanya mementingkan luaran semata-mata. Menurut AsiaOne, tiga buah hotel bertaraf lima bintang di Harbin, China telah dikenakan tindakan semalam kerana pihak berkuasa mendapati tahap kebersihan di bilik hotel mereka sangat teruk.

Sumber: AsiaOne

Namun, tindakan yang dikenakan ke atas tiga hotel terbabit iaitu Shangri-La, Sheraton dan Kempinski tidak didedahkan kepada orang awam. Perkara tersebut diketahui awam apabila tersebar satu rakaman video menunjukkan tukang cuci hotel menggunakan berus yang sama untuk membersihkan tandas, tab mandi, sinki dan beberapa permukaan lain.



Lebih mengejutkan, video yang dirakam di Kempinski dan Shangri-La itu menunjukkan pekerja tersebut menggunakan berus yang sama untuk mencuci cawan minuman! Sejurus selepas itu, cawan tersebut dikeringkan pula menggunakan tuala mandi yang berada dalam bilik hotel tersebut.

Sumber: AsiaOne

Ketiga-tiga hotel tersebut juga dituduh tidak menukar tuala mandi, cadar dan sarung bantal yang baru untuk penghuni bilik hotel yang lain walaupun mengenakan caj sebanyak 800 yuan hingga 2800 yuan semalaman (bersamaan RM400 hingga RM1700).

Tidak lama selepas rakaman video itu tersebar, pegawai-pegawai dari Pejabat Pelancongan, Jabatan Penyeliaan, Jabatan Makanan dan Minuman serta Pejabat Hal Ehwal Perundangan bergegas ke tempat kejadian untuk mendapatkan sampel bagi membuat ujian lanjut.

Sumber: AsiaOne

Keputusan hasil ujian yang dijalankan menunjukkan bahawa hotel tersebut sememangnya mempunyai masalah kebersihan.

“Kami meminta maaf atas keadaan hotel yang tidak menepati standard. Kami sentiasa berusaha untuk memberikan yang perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kami. Kami akan bekerjasama dalam penyiasatan yang dilakukan dan akan mengetatkan polisi bagi mengelakkan masalah sedemikian di masa akan datang,” kata wakil hotel tersebut.



Sumber: AsiaOne

Rakaman video tersebut membuatkan orang ramai menjadi ragu-ragu dengan kemudahan yang disediakan di hotel lima bintang kerana masalah seperti ini pernah wujud dulu.

“Saya pernah dengar perkara macam ni berlaku di hotel kelas pertengahan, jadi sebab itulah saya memilih untuk menginap di hotel lima bintang yang terkenal jika ada business trip. Tak sangka masalah yang sama pun berlaku kat hotel lima bintang,” kata seorang pengunjung di hotel berkenaan.

“Mungkin saya kena bawa cadar, sleeping bag, cerek dan jubah mandi sendiri lain kali,” katanya lagi.

Sumber: AsiaOne

Difahamkan, pihak pengurusan hotel di Harbin kini telah melancarkan pemeriksaan ke semua hotel yang terletak di daerah itu.

Pengotornya! Berus bersihkan tandas diguna untuk cuci cawan minuman pulak! Bukan makin bersih tapi makin kotor tu jadinya!



Tonton rakaman video di bawah:

Sumber: AsiaOne

Baca: Wanita Tempah Hotel di Thailand Melalui Agoda, Bila Sampai Lokasi Rupa-rupanya…..

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.