“Jangan tidur salah isteri dah lah!” – Netizen Terpegun Lihat 2 Pasang Kembar Berkahwin

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Kita selalu akan terkeliru apabila melihat rupa pasangan kembar apatah lagi jika mereka merupakan kembar seiras. Bukan itu sahaja, kadang kala ada pasangan kembar yang memilih untuk mempunyai penampilan sama yang ternyata akan lebih mengelirukan orang sekeliling.

Baru-baru ini, pasangan tetamu dan netizen telah terpegun dan terkeliru melihat pasangan pengantin di majlis perkahwinan yang telah diadakan di China. Ini adalah kerana menurut WORLD OF BUZZ, pasangan kembar lelaki ini telah berkahwin dengan kekasih hati masing-masing yang juga merupakan pasangan kembar. Wah!

Sumber: WOB

Zheng Dashuang and Zheng Xiaoshuang, 26 tahun, telah berkahwin dengan Liang Jing dan Liang Qing, 23 tahun, di dalam sebuah majlis perkahwinan yang mewah. Bukan sekadar mempunyai wajah yang serupa, keempat-empat mempelai ini memilih untuk memakai baju kahwin yang sama. Tak cukup dengan itu, pengantin perempuan telah mengenakan warna gincu bibir yang sama, membuatkan para tetamu dan netizen makin keliru. Macam tengok cermin…



Sumber: WOB

Kisah percintaan mereka berempat bermula apabila keluarga masing-masing mula berkawan sejak 10 tahun yang lalu. Melalui perkenalan itu, pasangan kembar tersebut telah jatuh cinta antara satu sama lain. Kebetulan, ibu dua pasang kembar itu sudah pun merancang dari awal untuk mengahwinkan mereka berempat.

Sumber: Mirror
Sumber: Mirror

Perkahwinan yang diadakan di Daqing, China itu telah berlangsung pada 3 Disember yang lalu dihadiri oleh keluarga serta rakan-rakan mereka. Tetamu dan netizen dikatakan ternganga melihat dua pasang mempelai ini di majlis mereka, malah ada yang sempat berseloroh dengan mengingatkan lelaki itu supaya tidak tersalah isteri pula malam nanti.

Sumber: WOB

Ada juga yang mendoakan mereka untuk sama-sama mendapat anak kembar tidak lama nanti memandangkan ibu-ibu pengantin ini juga memang mengharapkan dan menginginkan cucu kembar daripada anak-anak mereka.

Perkahwinan antara dua pasang kembar memang jarang berlaku. Dikatakan anak kembar kepada pasangan suami isteri kembar akan mempunyai DNA yang sama membuatkan mereka seiras, seakan-akan adik beradik kandung.

Wah! Memang keliru tengok dua pasang pasangan kembar ni. Dah la pakai baju yang sama!



Baca: Kerana Saling Mencintai, Pelajar 16 Tahun Langgar Undang-undang dan Pilih Untuk Kahwin

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.