in

“Jangan terlalu obses, boleh rosak akidah..” – Netizen Kecam Peminat Islam Ratapi Pemergian Jonghyun

Mel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berita mengenai kematian salah seorang ahli utama kumpulan Shinee, Jonghyun, antara kisah yang tragis pada minggu ini. Walaupun ianya bukan kali pertama kematian bunuh diri yang melibatkan artis Korea, namun penyanyi terkenal ini mendapat perhatian ramai seluruh negara, lebih-lebih lagi peminat Kpop sehinggakan ada yang menyifatkan peminat Malaysia terlalu over dengan kematian ini.


K6 2
sumber: twitter

Baru-baru ini kecoh di media sosial, di mana lebih kurang 100 orang peminat Jonghyun berkumpul di tepi Sungai Klang di Masjid Jamek, Kuala Lumpur, untuk bersama-sama meratapi kematian penyanyi ini di samping sebagai penghormatan terakhir mereka kepada Jonghyun.

Menurut Malaysiakini, kejadian tersebut berlaku pada hari Isnin yang lepas. Mereka yang menghadiri kebanyakkannya dari kawasan Lembah Klang tanpa mengira bangsa dan agama. Rata-rata yang berkumpul dilihat membawa bersama lilin dan memegang belon sebagai tanda simbolik pemergian penyanyi itu.

K1

Awani
sumber: malaysiakini
K3
sumber: malaysiakini

Dapat dilihat, suasana ketika itu amat menyedihkan apabila kebanyakkan peminat menitiskan air mata kerana terpaksa ‘melepaskan’ bekas vokulis boy band Shinee itu pergi buat selama-lamanya. Mereka turut mengibar sepanduk serta gambar mendiang Jonghyun ketika upacara memperingati itu berlangsung. Mereka juga ada meletakkan bunga di sekeliling gambar Jonghyun dan berharap agar mendiang tenang di sana.

K2
sumber: malaysiakini
K4
sumber: malaysiakini

Tetapi kejadian ini mendapat kecaman daripada netizen terutamanya bagi peminat yang beragama Islam, kerana mereka menganggap bahawa peminat-peminat ini tidak perlu terlalu over sehinggakan perlu meratapi secara besar-besaran. Katanya, hidup dan mati adalah pasti, jadi sebagai muslim, kita perlulah sentiasa bersedia dengan berita-berita seperti ini.

“Mengarut lebih nak tiru korea sangat. Tu yang sampai ada kes peluk-peluk masa Kpop buat konsert. Kesedaran pasal depression semua dah bagus. Tapi bab meratap, memang entah apa-apa lah kan”

“Dorang tu fanatik, terikut-ikut adat luar. Nak kata tak tahu, takkan lah, sebab terang-terang bawa lilin tu”

Komen 1 2
sumber: facebook
Komen 2 2
sumber: facebook
Komen 6
sumber: facebook

Tetapi ada juga netizen yang turut memahami perasaan yang dialami oleh peminat-peminat ini, dan mereka turut menasihati mereka.

Positif 2
sumber: facebook
Positif
sumber: facebook

Minat itu tak salah, tapi perlulah berpada-pada dan jangan sampai ketepikan agama kita.. 

Baca: “Patut ke aku give up dengan life?” – Peminat Mahu Bunuh Diri Lepas Berita Kematian Jonghyun

Pageshinee

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.