“Jangan tak merasa malam pertama sudah la” – Wanita Buat Persembahan Ular Tedung Di Hari Perkahwinan

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Pengantin perempuan terutamanya mahu sentiasa kelihatan cantik dan nampak lemah lembut di hari perkahwinan mereka. Namun begitu, berbeza pula dengan wanita dari Kuala Krai ini yang mahu tampil berbeza kerana membuat persembahan berbahaya di hari perkahwinannya sendiri.

Lain dari yang lain, wanita dikenali sebagai Noros Emieza Mustaffa yang berusia 20 tahun mengambil risiko membuat persembahan menggunakan ular tedung di majlis persandingannya, lapor Sinar Harian. Noros memutuskan untuk membuat kejutan itu bagi menghiburkan jemputan yang hadir.

Sumber: Facebook

Bagi menyempurnakan persembahannya, Noros menggunakan ular tedung seberat lima kilogram milik abang iparnya, Mohd Hamdan Mahadi selama 90 minit di kediaman keluarganya di Batu Mengkebang.



Walaupun terkejut melihat kelibat ular tedung besar di kenduri yang dihadiri, tetamu terhibur menyaksikan keberanian Noros membuat persembahan ular ketika lengkap berbaju pengantin. Mereka juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenangan bersama pengantin dan ular tedung! 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Wanita itu yang mula berjinak-jinak dengan haiwan tersebut sejak lapan tahun lalu memberitahu bahawa dia tidak membuat sebarang persiapan untuk bermain ular kerana perancangan dibuat pada saat-saat akhir.

“Saya tidak membuat latihan kerana kesuntukan masa. Walaupun ular agak agresif kerana abang ipar baru bawa ke sini, tetapi persembahan saya tetap lancar,” kata Noros yang pernah cedera dipatuk ular lapan tahun lepas.

Sumber: Facebook

Noros yang gembira kerana dapat membuat kelainan di majlis perkahwinan selain menghiburkan tetamu turut akui bersyukur kerana persembahan di hadapan 400 orang tetamu itu berjalan lancar walaupun tidak sempat membuat persiapan.

“Saya cuba buktikan kemampuan bermain ular di hadapan jemputan yang hadir, saya bersyukur mereka terhibur. Suami juga kagum dengan kebolehan saya. Saya gembira tetamu dapat makan sambil melihat aksi saya.”



Sumber: Facebook

Melihatkan aksi luar biasa Noros yang berani bermain ular tedung di hari bersejarah bagi dirinya itu, ramai netizen yang bimbang jika sesuatu yang buruk berlaku kepada pengantin baru tersebut.

“Kalau mati gigit jari la laki kau.”

“Jika tak bernasib baik, kenduri kahwin boleh jadi kenduri arwah pula.”

“Jangan tak merasa malam pertama sudah la.”

Persembahan ular tedung di hari perkahwinan ni memang tak pernah dengar ada orang buat. Berani betul akak ni ambil risiko!



Tonton video persembahan ular tedung Noros di bawah:

Sumber: Facebook

Baca: Memang Rare! Bakal Pengantin Ambil Risiko Panjat Gunung Berapi Untuk Gambar Pre-Wedding

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.