in

“Jangan suka semasa cantik je..” – Teman Lelaki Berubah Bila Dapat Tahu Berat Badan Teman Wanitanya Naik

Featured Break

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sering kali kita dengar, di mana orang lelaki lebih sukakan wanita yang kurus dan ramping berbanding wanita yang berbadan gempal. Bagi mereka, wanita yang kurus itu lebih cantik dan menawan bagi mereka. Baru-baru ini, tular satu perkongsian di mana seorang lelaki ini menceritakan tentang kawan perempuannya yang ditinggalkan oleh teman lelakinya itu kerana berat badannya yang sudah naik. Ish memilih!


Gemuk E1508658300106
gambar hiasan

Menurut EL Esmail, kawan perempuannya telah mengadu dan meluahkan perasaan sedih kepada dia dek kerana teman lelakinya yang sudah berubah sikap hanya kerana berat badannya yang sudah naik.

“Lelaki yang baik akan terima diri kita sedanya”

Itu antara pesanan yang dikongsikan oleh Esmail pada laman facebooknya. Dapat dilihat, dia turut berasa malu apabila masih ada lelaki seperti ini, yang mementingkan fizikal berbanding personaliti wanita tersebut.

“Jangan suka semasa cantik je, bukan cinta namanya. Menempah malapetaka cik adik oi…”

Baginya, tiada istilah cinta jika seseorang itu berubah sikap hanya kerana perkara seperti ini. Betul tu!

Kurus 3 E1508658455387
sumber: facebook

Menurutnya lagi, kawan perempuannya itu amat malu dengan keluarganya memandangkan mereka akan mendirikan rumah tangga pada bulan 12 ini! Dahtu boleh pulak buat perangai! Ish! Tambahnya, teman lelakinya itu memang ‘rajin’ add perempuan lain di Facebook. Apabila ditanya, jawapan yang diberikan “it just friends”.

Kurus 1 E1508658087497
sumber: facebook

Menurut perkongsian pesanan ringkas antara mereka ini, wanita itu turut mencuba pelbagai produk kurus semata-mata untuk mengambil hati teman lelakinya itu semula. Namun tidak berjaya.

Perkongsian ini semestinya mendapat perhatian daripada netizen. Rata-ratanya tidak suka dengan perlakuan lelaki tersebut.

Kurus 6 E1508658756615

Kurus 4 E1508658803896
sumber: facebook

Tak patut tau.. Zaman sekarang ini memang susah ke nak dapat pasangan yang boleh terima kita seadanya?

Baca: “Untung kau dapat bini macam aku. Steady sayang kat kau biarpun kau 7 kaki kat bawah…”

1 2 E1508659515837

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.