in

“Jangan sesuka hati tuduh orang mandul” – Achey Anggap Tiada Anak Sebagai Ujian Daripada Tuhan

Page Achey 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama Achey dan kisah hidupnya telah menjadi tajuk media sejak kebelakangan ini. Hal ini adalah kerana Achey telah berkongsi kisah sedih serta meluahkan rasa sayu dalam sebuah rancangan televisyen berjudul Di Balik Tawa.


Melalui dalam rancangan tersebut, Achey memberitahu bahawa dia sering mendekati dan melayan anak-anak rakan dan saudaranya kerana kehadiran mereka merupakan penguat buat dia dan isteri yang belum dikurniakan cahaya mata walaupun sudah mendirikan rumah tangga sejak tujuh tahun yang lalu.

Achey4
sumber: instagram

Menurut Harian Metro, sejak itu, Achey dan isteri telah mendapat pelbagai komen positif yang rata-rata mendoakan kesejahteraan serta supaya dikurniakan zuriat sendiri. Namun begitu, terdapat segelintir individu yang sebaliknya, tergamak menuduh mereka mandul. Jahatnya mulut!

Jagalah mulut apabila beri komen jangan sesuka hati tuduh orang mandul”

Achey2
sumber: instagram

Walau bagaimanapun, Achey akui tidak menyimpan dendam dengan kata-kata itu kerana dia dan isteri telah lali dengan kata-kata yang sama sejak tiga tahun lalu. Baginya, orang yang mengata itu tidak pernah melalui apa yang sedang mereka lalui. Betul tu!

“Cuma janganlah cakap ikut suka saja, takut nanti perkara itu berbalik pada diri sendiri. Kalau bukan diri sendiri mungkin pada anak, adik-beradik atau saudara-mara.”

Achey5
sumber: blogspot

Kata Achey, dia menganggap situasi dihadapi olehnya dan isteri adalah ujian dari Tuhan yang diberikan kepada orang tertentu. Dia juga menjelaskan bahawa tidak pernah putus mencari ikhtiar dalam percubaan mendapatkan cahaya mata.

Kami tetap positif dan menganggap ini sebagai ujian dari Allah. Ada yang diberikan kesenangan tetapi bukan kebahagian dengan anak tetapi ada juga merasai kegembiraan mempunyai zuriat sendiri namun kurang dari segi kewangan.”

Achey3
sumber: instagram

Tambahnya lagi, dia dan isteri ada pergi ke klinik untuk pemeriksaan kesihatan. Bukan itu sahaja, isterinya juga telah pergi berurut sebagai antara usaha dalam mendapatkan anak. Mereka juga kini dikatakan sedang menjaga pemakanan untuk kehidupan yang lebih sihat.

H 1
sumber: instagram

Sementara itu, Achey mengucapkan terima kasih kepada semua peminat dan penonton Di Balik Tawa yang telah memberikan komen positif buatnya dan isteri, tak kurang juga kepada netizen yang telah menghantar kata-kata semangat menerusi laman Instagram.

Semoga Achey dan isteri dikurniakan anak yang soleh dan solehah secepat mungkin. Kepada mereka yang berkata tu, jagalah mulut. Jangan nanti terkena pada diri sendiri atau keluarga pula…

Baca: Achey Menangis Cerita Kisah Sayu Tidak Dikurniakan Cahaya Mata Selepas Tujuh Tahun Berkahwin

Achey

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.