in

“Jangan pernah takut untuk berkahwin, tapi takutlah kerana masih terus di dalam kelalaian bercinta sebelum berkahwin”

Lelaki

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap pasangan yang bercinta pasti mempunyai impian untuk mendirikan rumah tangga. Pun begitu, keadaan ekonomi negara yang tidak stabil menyebabkan ramai yang bercita-cita melangsungkan perkahwinan terpaksa berfikir dua kali kerana perbelanjaan majlis yang besar dan nilai wang hantaran yang terlalu mahal.


Walau bagaimanapun, perkongsian seorang lelaki di Facebook ini mungkin akan mengubah fikiran mereka yang takut untuk berkahwin kerana kesempitan wang. Entri lelaki ini dikongsi pada Mei yang lalu, namun kami merasakan bahawa perkongsian penuh manfaat ini perlu dikongsikan bersama para pembaca.

Laki3
sumber: facebook

Menerusi entri tersebut, lelaki dikenali sebagai Syarifuddin Samsudin itu menceritakan perjalanan kisahnya sebelum berumah tangga dengan seorang gadis yang dilamar melalui Facebook. Gadis tersebut yang berkerjaya sebagai seorang penulis bertanyakan pelbagai soalan kepada Syarifuddin sebelum menerima lamaran.

Gadis tersebut turut bertanya jika Syarifuddin sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami. Soalan itu membuatkan Syarifuddin benar-benar terkedu namun dia menjawabnya seikhlas mungkin.

Laki6
sumber: facebook

“Saya bukan kerja bagus, belum ada kemampuan dari segi kewangan, bagi saya, kalau cik terima saya, saya hanya ada duit RM2000 untuk jalankan majlis pertunangan kita,” katanya kepada gadis tersebut.

Setelah menerima jawapan tersebut, gadis itu menjemput Syarifuddin datang ke rumah untuk melamarnya. Memaklumkan niat untuk mengunjungi rumah gadis berkenaan, bapa Syarifuddin bertanya jika dia sudah mempunyai wang yang cukup untuk mendirikan rumah tangga. Lelaki itu sedar yang duitnya masih belum cukup tapi dia cukup yakin dengan rezeki Allah.

“Aku jawab satu je — Tak lagi ayah — tapi dalam hati aku, aku yakin, akan ada rezeki bagi orang yang nak mendirikan masjid ni,” kata Syarifuddin.

Laki2
sumber: facebook

Pada hari pertunangan mereka, pihak perempuan meletakkan hantaran sebanyak RM10,000 dan tarikh perkahwinan ditetapkan dalam tempoh setahun selepas pertunangan. Syarifuddin pada waktu itu hanya menerima jumlah tersebut walaupun wang dalam akaunnya hanya tinggal RM50 sahaja!

Lima bulan selepas bertunang, Syarifuddin berjaya mengumpul wang berjumlah RM4,000 setelah bekerja keras mengajar tuisyen dan memberi ceramah. Pernah berniat membuat pinjaman dengan RHB Bank untuk cukupkan duit hantaran, pinjaman Syarifuddin tidak diluluskan kerana mempunyai tunggakan bayaran pinjaman PTPTN.

Laki9
sumber: facebook

Syarifuddin kemudiannya berkunjung ke cawangan PTPTN untuk membayar tunggakan tersebut dengan wang RM4,000 yang dimiliki dengan harapan pinjaman yang dibuat dengan RHB Bank akan diluluskan. Setelah dua minggu, Syarifuddin dimaklumkan bahawa pinjaman itu masih belum lulus kerana dia perlu menunggu selama enam bulan untuk membersihkan namanya dari Bank Negara.

Allah tu tak pernah biarkan kita susah, setiap orang tu, Allah dah aturkan rezeki masing-masing.”

Syarifuddin kemudian berbincang dengan tunangnya tentang masalah tersebut dan gadis itu menyatakan bahawa tindakan yang dilakukannya betul dan Allah menjaganya daripada terus berhutang.

“Berterima kasihlah pada Allah,” kata gadis itu kepada Syarifuddin.

Laki5
sumber: facebook

Setelah berbincang dengan si tunang, Syarifuddin bertungkus lumus mencari rezeki dengan menjual tudung, menghadiri talk dan akhirnya diserap masuk menjadi fasilitator dalam satu program bergelar VIP Camp. Mereka dibayar agak lumayan pada masa itu walaupun hanya bekerja selama sepuluh hari sahaja. Empat bulan kemudian, mereka berjaya mengumpul wang hantaran sebanyak RM10,000!

“Dalam tempoh 4 bulan je Allah kurniakan rezeki ke atas kami, kami dapat kumpulkan wang hantaran sebanyak RM10,000. Ya! Kali ni aku betul-betul menangis, menangis kerana Allah terlalu baik pada aku.”

Laki7
sumber: facebook
Laki8
sumber: facebook

“Betul orang kata, orang yang ada niat baik nak dirikan masjid ni, Allah akan bantu untuk cukupkan rezeki dia walau apa cara sekalipun.”

Pada tanggal 19 Mac yang lalu, Syarifuddin telah berkahwin dengan gadis pilihan hatinya itu. Dalam tempoh kurang 10 bulan bertunang, rezeki perkahwinan mereka dipercepatkan dan kini mereka telah sah bergelar suami isteri dalam majlis yang cukup sederhana.

“Jangan pernah takut untuk berkahwin, tapi takutlah kerana masih terus di dalam kelalaian bercinta sebelum berkahwin,” kata Syarifuddin mengakhiri perkongsiannya.

Sesungguhnya rezeki Allah itu luas, kita hanya perlu yakin dan teruskan berusaha kerana Dia tidak akan pernah abaikan kita.

Baca: Suami Kongsi Pengorbanan Isteri, Berikan RM1,000 Ketika Dalam Kesusahan

Kakakaaka

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.