in

“Jangan bimbang kita akan mati bersama” – 16 Jam Selepas Anak Pergi, Ibu Pula Meninggal Dunia

F Ibu Anak 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tiada siapa yang dapat menduga betapa hebatnya kasih sayang antara ibu dan anak ini. Biarpun maut datang memisahkan, mereka bagaikan sudah berjanji untuk sehidup dan semati bersama.


Inilah yang berlaku kepada pasangan anak beranak dari Kampung Bechah Keranji, Kota Bharu yang meninggal dunia selang 16 jam sahaja, lapor Malaysian Digest. Che Limah Che Mat Amin, 93, telah meninggal pada jam 10.50 pagi sebaik sahaja jenazah anak lelakinya, Ahmad Che Soh, 49, selesai dikafankan.

Mak
sumber: harian metro
Anak 1
sumber: harian metro

Arwah Che Limah juga dikatakan belum sempat mengucup jenazah anaknya itu, sebelum menemui ajal akibat sakit tua. Menurut balu kepada Ahmad, Wan Sepinah Wan Hassan, 54, arwah suaminya telah meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) pada jam 7.30 malam akibat sakit angin ahmar setelah enam hari dirawat.

“Sebelum sempat jenazah arwah suami dibawa turun dari rumah untuk dikebumikan pagi tadi tiba-tiba saya diberitahu bahawa ibu mentua saya yang ketika itu berada di bilik sebelah telah meninggal dunia. 

“Ibu mentua saya sudah lama sakit tua tetapi keadaan kesihatannya semakin merosot selepas Subuh pagi tadi, sejak dahulu lagi arwah suamilah yang menjaga setiap keperluan dia dan masanya lebih banyak dihabiskan untuk berbakti kepadanya,” jelasnya lagi.

Image
sumber: utusan online

Malah menurutnya, suaminya dahulu pernah mendapat pekerjaan di Kuala Lumpur semasa zaman mudanya, namun dia dipanggil pulang selepas tiga minggu bekerja kerana ibunya tidak mahu orang menjaganya selain Ahmad seorang. Alahai sayangnya si ibu dengan anaknya! 

Wan Sepinah juga mengakui, semenjak berkahwin dengan Ahmad pada tahun 2010, dia sedar bahawa lelaki tersebut merupakan anak yang taat kepada ibu dan dia sebagai isteri redha apabila suaminya banyak meluangkan masa dengan arwah mentua.

“Seorang kenalan menceritakan semasa arwah suami berjumpanya baru-baru ini, ibunya yang ketika itu ditinggalkan sementara dalam kereta beberapa kali memanggil-manggil anaknya itu.

“Ahmad berpaling dan memberitahu supaya ibunya jangan bimbang kerana mereka akan mati bersama,” ceritanya lagi.

Mak Anak Mati Bersama
sumber: harian metro

Lebih 200 orang penduduk hadir menunaikan solat jenazah arwah Che Limah pada petang itu selepas mereka selesai menyempurnakan pengebumian anaknya terlebih dahulu pada waktu pagi. Jenazah kedua-dua beranak itu kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pagar Kulim, Bechah Mulong, Kota Bharu.

Takziah kepada keluarga ibu dan anak ini. Semoga balunya tabah menghadapi dugaan selepas kehilangan dua insan kesayangan. 

Baca: Foto Tentang Kasih Sayang Antara Ibu Bapa dan Anak Buat Ramai Netizen Tersentuh

Foto

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.