“Jangan ambil hak murid!” – Guru Kesal Ibu Bapa Penuhi Kantin Sampai Murid Tak Ada Tempat Duduk Untuk Makan

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Bermulanya musim persekolahan semalam menyaksi pelbagai ragam mencuit hati murid-murid yang pertama kali bersekolah. Ada yang memanjat pintu kelas untuk pulang ke rumah dan ada yang sampai telanjang bulat semata-mata kerana tidak mahu bersekolah.

Menerusi perkongsian seorang guru dikenali sebagai Mohd Fadli Salleh, bukan insiden lucu sahaja yang berlaku di sekolah tetapi ada juga insiden yang tidak sedap didengar. Seperti kebiasaannya, ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak dan sukar untuk berenggang dengan lama buat pertama kali.

Sumber: Facebook

Fadli dalam entrinya berkongsi kisah di mana ibu bapa terlalu asyik melayan anak-anak sendiri sambil duduk di kerusi kantin sekolah tanpa menghiraukan murid-murid lain yang tidak cukup tempat duduk.



Jangan ambil hak murid!”

“Kerusi kantin itu hak murid. Tempat murid duduk untuk makan. Bukan untuk ibu bapa duduk dan melayan anak-anak sendiri hingga murid lain termangu-mangu tiada tempat hendak tuju.”

Bukan pertama kali menyaksikan insiden sebegitu, guru lelaki ini berang dengan sikap segelintir ibu bapa yang tidak prihatin dengan persekitaran mereka sehingga ada pelajar tidak sempat makan gara-gara ibu bapa duduk di tempatnya sambil menyuap anak masing-masing.

Sumber: Facebook

“Kes begini banyak kali aku hadapi dari dulu lagi. Aku tidak pernah segan silu nak sound ibu bapa yang ambil tempat duduk. Dengan nada marah, dengan nada keras aku akan bersuara.”

“Apa punya manusia tak fikirkan hak orang lain? Tak fikirkan murid lain yang datang tanpa ditemani ibu bapa.”

Menceritakan pengalaman yang disaksikan sendiri olehnya tujuh tahun lalu, Fadli yang pada itu merupakan guru tahun satu telah menemui seorang anak yatim di hari pertama persekolahan. Ibunya ditahan di wad kerana kanser dan sudah ketiadaan bapa, murid tersebut dijaga oleh ibu saudaranya.

Sumber: Facebook

Tanpa ditemani sesiapa di hari pertama persekolahan, murid tersebut terkebil-kebil sendirian di tepi tiang sambil memegang pinggan yang masih penuh dan belum disentuh. Anak itu tidak sempat makan kerana tidak cukup tempat duduk di kantin.



“Itu anak yatim yang kau orang dewasa kejam ambil hak dia.”

“Kau paparkan gambar bahagia menyuap anak tercinta di kantin padahal sebenarnya kebahagiaan kau itu meragut hak anak yatim!”

Semenjak insiden tersebut, Fadli menyatakan bahawa dia cukup pantang jika ada ibu bapa yang duduk di kantin sekolah sewaktu murid-murid tengah ramai. Fadli berpesan kepada ibu bapa yang hadir di Hari Orientasi sekolahnya supaya jangan sesekali duduk di kerusi kantin sekiranya masih ada murid yang berdiri dan tercari-cari tempat duduk.

“Waktu lapang, silakanlah. Waktu sesak, tak payah!”

Sumber: Facebook

Hasil teguran yang diberikan, Fadli gembira kerana ibu bapa murid-murid di sekolahnya memahami situasi tersebut dan memberikan kerjasama kepada warga sekolah. Dia gembira kerana melihat ibu bapa tidak duduk selagi ada murid yang berdiri mencari tempat.



“Jangan biarkan ibu bapa yang tiada perasaan terus menerus ambil hak anak-anak murid kita.”

Bertuah anak murid dapat guru yang sangat prihatin seperti Fadli. Semoga ibu bapa lebih prihatin dengan suasana sekeliling jika ke sekolah anak nanti.

Baca: “Kalau saya tak sayang, saya akan abaikan pelajar tu tapi….”

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.