in

“Jamal nak bagi rakyat sedar! Dia tokoh pembangkang sebenar di Selangor…” – Wakil UMNO

3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Jamal nak bagi rakyat sedar! Dia tokoh pembangkang sebenar di Selangor..." - Wakil UMNO
Loading
/

Datuk Seri Jamal Md Yunos merupakan nama yang tidak asing lagi di Malaysia. Sememangnya nama Pemimpin Gerakan Baju Merah itu sering disebut kerana beliau kerap melakukan gimik yang extreme bagi menyampaikan mesej beliau.


Nampak gayanya, cara beliau yang luar biasa telah mendapat pujian barisan perwakilan dari Selangor di Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU2017), lapor Malaysiakini.

Anggota Jawatankuasa UMNO Kota, Raja Nazilah Idris, berkata UMNO mungkin gagal menjadi pembangkang yang kuat di Selangor tanpa kepimpinan beliau.

Datuk Jamal adalah tokoh pembangkang sebenar di Selangor! Kalau nak menang, kita kena jadi pembangkang yang kuat macam pembangkang di peringkat persekutuan, mereka mengasak benda yang tak salah jadi salah.”

J3
sumber: malaysiakini

Selain itu, Ketua Penerangan Wanita UMNO Sabak Bernam, Siti Azizah Hasbullah, memuji Datuk Seri Jamal kerana sentiasa berfikir luar kotak yang memberikan kelebihan kepada UMNO dalam menawan semula Selangor.

Kami sokong penuh pemikiran Datuk Seri Jamal yang berfikir di luar kotak, beri keuntungan dan keyakinan pada rakyat dalam pimpinan UMNO BN.”

Bukan itu sahaja, Ketua UMNO Puchong Datuk Mohamad Satim Diman turut setuju dengan cara kepimpinan beliau yang bijak dalam menyuarakan isu dan memainkan peranannya dengan menegur kerajaan Selangor.

Bukan senang nak cari orang macam Datuk Jamal, sering menonjolkan isu-isu penting, yang orang tak nampak, dia nampak. Beliau ada ketokohan cari isu penting dan terjemahkan di depan orang ramai.”

AJK UMNO Bahagian Sabak Bernam, Aminudin Sanguri menganggap bahawa UMNO memang memerlukan pemimpin seperti Jamal yang menggunakan pelbagai kaedah bagi menawan hati rakyat untuk menyokong perjuangan UMNO BN.

J2
sumber: malaysiakini

Setiausaha Baju Merah Baharin Mohd Tahir pula mengatakan Jamal menggunakan cara itu supaya rakyat sedar bahawa mereka selama ini telah ditipu oleh pembangkang (Pakatan Harapan).

Jamal nak bagi rakyat sedar dan berfikir secara terbalik, reverse psychology. Nak bagi rakyat sedar yang mereka ditipu.”

Wakil-wakil UMNO jelas terpegun dengan cara Datuk Seri Jamal yang bukan sahaja menjerit memegang sepanduk tetapi sentiasa muncul dengan props yang bersesuaian dengan mesej yang hendak disampaikan.

Antara gimik beliau yang paling diingati ialah memakai tuala mandi, membawa katil dan van jenazah di hadapan pejabat SUK di Shah Alam.

J4
sumber: malaysiakini
J^
sumber: malaysiakini

Tidak cukup dengan itu, beliau pernah juga mengambil langkah extreme dengan menyewa helikopter bagi meninjau kekayaan Ketua Pemuda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly.

Baru-baru ini Datuk Seri Jamal ada mengumumkan hasrat bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekaligus bakal mencabar Datuk Seri Azmin Ali di Bukit Antarabangsa.

Baca: Jamal Yunos Buat Gila Pecahkan Kotak Berisi Botol Arak Depan Pintu SUK Selepas Dihalang Masuk

Jamal1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.